Bercakap soal pendidikan percuma, ia amat diimpikan oleh semua khususnya golongan mahasiswa. Ia merupakan satu pemberian dari satu pihak kepada satu pihak, dalam bahasa mudahnya mahasiswa inginkan kos pendidikan ditanggung oleh kerajaan. Soal ni, aku malas ulas. Ibarat sebuah mimpi yang boleh menjadi realiti suatu hati nnti.
Soal yang ingin aku utarakan buat masa ni adalah bagaimana dengan cara mudah bermula dari diri seorang yang bermimpi itu (mahasiswa) kau mula merealisasikan pendidikan percuma itu.
Aku banyak belajar soal menyumbang bakti ini dari sahabatku di sabah (ums), mereka menubuhkan banyak hub pendidikan yang boleh aku katakan secara mandiri untuk anak-anak tanpa negara. Aku juga belajar dari salah seorang sahabat yang bersama aku menubuhkan projek ni (Roy)Arifnurfaris Abd Rahman.
Dari situ, aku dan beberapa sahabat di selatan tanah air (yang bermimpi) mula merancang dan melaksanakan pendidikan percuma di sebuah kampung . Fokus kami adalah mengajar subjek matematik darjah 1, 2, 3, 4, 5, dan 6 sahaja. Kerana kami percaya sekiranya mereka menguasai ilmu matematik, mereka akan menguasai semua ilmu.
Projek ini telah berjalan selama satu semester, (setiap sabtu) konsep yang kami amalkan dalam pengajaran adalah santai, sebagai contoh murid darjah satu kami ajar mereka matematik sambil bermain origami, dan jika darjah 3 kami ajar sifir dalam bermain.
Tenaga pengajar , syukur kerana seramai 70 mahasiswa dapat dikumpulkan selama 12 minggu . Setiap minggu Volunteers berbeza dapat kami datangkan. Bilangan anak murid kami buat masa ni 50 orang, tetapi dalam satu sesi tu kami dapat kumpulkan dalam 30 – 40 orang sahaja.
Apa yang kami dapat lihat, apabila kami tawarkan pendidikan secara percuma kepada penduduk sebuah kampung, ibu bapa amat seronok, anak-anak juga gembira kerana setiap minggu mereka akan dapat hadiah kecil dari kami.
Sedar dan tak sedar, sebenarnya ramai mahasiswa uthm (khususnya) yang bersemangat nak sertai untuk menyumbang khidmat bakti, dalam masa seminggu je , kami dapat kumpulkan 100 orang mahasiswa dalam satu whats app group, tapi biasalah, sebab kelas ni berjalan pagi, ade yang nak datang, tapi tak bangun, tapi niat tu sangat baik.
Maka secara tidak langsung, pendidikan percuma itu dapat dilaksanakan. Mahasiswa dapat berbakti kepada masyarakat sekitar. Bayangkan jika mahasiswa dan anak muda mengajar adik adik ini, pasti ia dapat memberi perubahan pada kemajuan sesuatu tempat itu.
Akhirnya, aku mempunyai satu mimpi untuk melebarkan projek tuisyen percuma ini kepada seluruh kawasan (sri gading) dan memerlukan lebih ramai “volunteer” agar pendidikan percuma dapat dilaksanakan dan mahasiswa dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.
✊ Ayuh bersama (mahasiswa UTHM)
Kalau ade yang berminat boleh roger, huhu. Aku berharap agar ia dapat membuka minda dan dapat menanam ideologi pendidikan itu harusnya percuma dari bawah.
Boleh lawati page kami Suara Mahasiswa UTHM untuk lihat gambar gambar projek tuisyen yang telah kami jalankan.
Ajak semua kawan
*Gambar bawah ni Rijal Mustafa pengarah atau coordinator untuk projek tuisyen matematik percuma di kampung parit jelutong.