Yayasan Pelajaran Johor Tetap Dengan Dasarnya Yang Lama Dan Membebankan Peminjam.

Isu yang tidak berkesudahan, saya ada utarakan sebelum ini, tapi harini saya mahu kongsi cara saya advokasi isu ini sehingga mendapat surat amaran keras dari YPJ.

Masa tahun lepas, saya banyak kali mendengar keluhan rakan-rakan peminjam ” duit pinjaman YPJ lambat masuk ” puncanya apa? Dasar proses 30 hari bekerja dari tarikh tertentu.

1. Oleh itu, saya ambil tindakkan menyuarakan isu ini kepada salah seorang pegawai yang hadir di Kem Karisma Takzim anjuran YPJ pada 18 Desember 2018. Pegawai itu kata, nanti dia akan menghubungi saya semula.

2. Pada 14 Januari 2019. Setelah membina “team” dari semua universiti awam. Saya mewakili rakan-rakan menghantar surat rasmi berkenaan masalah yang kami hadapi terhadap dasar itu, serta cadangan kepada Pihak YPJ dan seluruh ahli lembaga pengarah YPJ, Termasuk mantan YAB menteri besar. Boleh rujuk gambar dibawah. (Gambar 1 dan 2)

3. Pada 1 Februari 2019 . Pihak saya menerima maklum balas dari pihak YB Exco Pendidikan. Boleh rujuk Artikel ( http://nadisiswa.com/archives/3068 )

4. 6 Februari 2019. Team kami menjalankan petisyen dan mendapat persetujuan lebih kurang 100 lebih sokongan . Boleh rujuk Petisyen atas talian : ( https://secure.avaaz.org/…/Student_Petisyen_Menyokong_Pen…/… )

5 . Apabila kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak YPJ sehingga 5 Februari 2019, maka saya mengeluarkan satu artikel . Boleh rujuk Artikel YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) TERUS MEMBISU. ( http://nadisiswa.com/archives/3032 )

6. Lagi artikel ditulis kerana tiasa respon pada 20 Februari 2019. Boleh rujuk Artikel
YPJ KAKU, BISU DAN MENYEPI LAGI
http://nadisiswa.com/archives/3032 )

7. Tiada juga respon , dan satu lagi artikel di tulis pada 6 March 2019
ISU PENGAGIHAN WANG PINJAMAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)
http://nadisiswa.com/archives/3140 )

8. Pada 14 March 2019, satu surat balas serta “amaran” telah sampai ke rumah aku. Boleh rujuk gambar dibawah (Gambar 3 dan 4). Dan pada 14 March juga wang pinjaman telah masuk ke dalam akaun. Surat tersebut bertarikh 7 Februari 2019. Tapi peliknya, sampai ke rumah saya dan penjamin 14 March 2019.

9. Tidak mengapa, saya amati surat tersebut satu persatu. Antara isinya, dalam surat tersebut, No 3. Untuk makluman saudara, pada tahun ini YPJ telah mengadakan inisiatif baru untuk mempercepatkan tempoh pemberian bayaran pinjaman.. . Maka saya merasakan suatu pembaharuan telah dilakukan. Aku memberhentikan tindakkan advokasi ini.

10. Tanggal 8 September 2019, hari mula kuliah pengajian di universiti dan malangnya wang pinjaman masih belum diterima, . Aku menghubungi pihak YPJ di talian 07-2344355. Aku disambungkan kepada salah seorang pegawai Encik Luthfi nama beliau. Aku bertanya mengenai status pengagihan wang pinjaman. Beliau mengatakan lagi 3 minggu. Dan beliau mengatakan YPJ masih tetap mengamalkan dasar proses 30 hari bekerja.

11. Adakah surat amaran itu dikeluarkan mengikut suka orang yang menandatangani surat itu? Mana pembaharuan yang dikatakan?

12. Adakah pinjaman saya akan ditarik semula kerana bersuara bagi pihak yang tertindas?

13. Sedih. Semoga terus dengan dasar yang lapok. Semoga mahasiswa yang meminjam dengan YPJ dapat “survive”.

14. Sekian. Hidup Bakti Sakti.

#hidupmahasiswa

Leave a Reply