Asap kilang yang di hasilkan oleh kilang Evergreen (jiran UTHM) adakah pencemaran atau nikmat sekitar alam?

Persoalan yang ditimbulkan dan jawapan mungkin benar dan mungkin salah. Sama-samalah kita jawab.

Sejak dua menjak ni pasti ramai yang sedar dengan penghasilan asap kilang Evergreen yang terletak bersebelahan dengan UTHM menghasilkan asap yang boleh dikira melampau.

Persoalan yang pertama timbul siapa kisah?
Kita letakkan persoalan ini ditepi kerana zaman ini selagi tidak terkena dibatang hidung selagi itu hanya lihat dan menginsafi dengan hati mungkin. Apabila sudah menjadi mangsa baru kita akan bermati-matian menyalahkan kilang tersebut.

Persoalan kedua, asap kilang ni dikeluarkan dengan sesuka hati dan tanpa limit ke?
Penghasilan asap kilang sepatutnya mempunyai limitasi kerana faktor alam sekitar yang perlu dijaga dan faktor persekitaran yang penuh dengan masyarakat dan mahasiswa yang mencecah puluhan ribu dalam sesetengah masa.

Persoalan ketiga, Pihak berkuasa?
Seharusnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan pemantauan ataupun audit kilang/asap kilang yang dikeluarkan. Tetapi, kebiasaannya JAS akan melantik consultant untuk mengambil bacaan. Kemungkinan 3 bulan sekali.

Persoalan keempat, pihak UTHM?
Adakah jiran terdekat yang menempatkan golongan akademik yang penuh dan sarat hanya berdiam diri? Ataupun fight dan tiada kesudahan? Ataupun menjadi consultant yang menguji tahap pencemaran pengudaraan?

Persoalan kelima, siapakah consultant tersebut?
Adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawasanya consultant tersebut adalah dari kalangan golongan akademik jiran sebelah?

Persoalan keenam, bagaimanakah bacaan tahap pencemaran alam diambil?


Mengunakan kaedah PM 2.5? PM 10? Diambil secara purata 24 jam? Penghasilan asap dilepaskan pada satu masa dengan tinggi dan satu masa dengan rendah. Jika dipuratakan , ia akan menjadi normal (logik biasa). Penghasilan juga melibatkan faktor arah angin. Sekiranya asap dilepaskan pada jam 2 pagi dalam keadaan yang sangat tinggi dan arah angin tertumpu pada sebuah kolej (contoh) . Udara yang berada di sekitar kolej akan tecemar dan mereka yang berada di situ akan menghirup udara tersebut dengan tenang tanpa mempuratakan secara 24 jam udara yang disedut kedalam badan. Adakah bacaan itu perlu dipuratakan ataupun harus ada satu sukatan ?

Persoalan , ada yang pernah jadi mangsa ? Pasti ada. Bermacam jenis affection.


Bolehkan tindakkan diambil? Amat sukar untuk dibuktikan kerana ianya mudah untuk pencemaran air kerana ada aliran air dan tahu mana puncanya, tapi untuk pencemaran udara , bagaimanakah untuk kita menuduh Kilang tersebut?

Contoh :

Ada mangsa yang terkena jangkitan , anggota dalamnya ade bakteria yang terhasil dari asap kilang. Tetapi ada kemungkinan juga bakteria itu terhasil dari asap kapal terbang. Sangat susah untuk kita poinkan pada kilang itu.

Banyak lagi contoh jangkitan yang boleh dikatogarikan sebagai jangka masa yang panjang dan amat sukar untuk dibuktikan.

Persoalan, jangkitan ?
Pastinya pencemaran ini akan melibatkan physical, chemical dan biological affection dan infection .

Persoalan , Mahasiswa sebagai jiran adakah hanya lihat dan bertafakur dengan amalan 4k?


Aduh, aduh sayang . Amat sukar untuk menjawab . Berani melawan untuk kebenaran? Berani menegakkan yang hak?

Persoalan , Apakah yang boleh dilakukan oleh kilang tersebut? Apakah yang dimahukan?

Cukuplah sekadar penambahbaikkan kaedah pengeluaran kilang (mungkin ada 8 langkah) dan cukuplah dengan membaiki ketinggian corong asap . Dahulu corong asap itu dibina , kawasan sekitar mempunyai bangunan yang puratanya setingkat dan dua sahaja. TAPI hari ini. Bangunan jirannya sahaja telah mencecah 7 tingkat. Keluarlah duit keuntungan sedikit untuk kebaikan komuniti.

Hafizuddin Hassan

Mahasiswa UTHM

Leave a Reply