Pada 5/6/2018, kami telah melakukan sedikit aktiviti yang tidak sama seperti kelas biasanya. Kami membuat satu aktiviti yakni permainan CHARADES dan telah membahagikan kepada 4 kumpulan yang dianggotai seramai 5 orang dari setiap kelompok umur mereka. Permainan ini bertujuan untuk mereka berfikir secara lebih kreatif dalam mengekspresikan gambar haiwan, benda dan perbuatan yang kami berikan.
Pada awalnya, mereka kurang bersemangat untuk bermain permainan ini tetapi apabila mereka mula memahami dan berasa keseronokan permainanan ini, mereka sedaya upaya untuk membuat yang terbaik agar memperoleh mata kemenangan. Permainan ini juga mengajar mereka untuk bersaing dengan sihat disamping melatih mereka agar sentiasa bekerjasama. Sebagai contoh, mereka berbincang dahulu dengan ahli kumpulan yg lain agar mendapat jawapan yang tepat.
Bob Sadino ahli perniagaan Indonesia mengatakan “Sekolah terbaik adalah sekolah jalanan, iaitu sekolah yang memberikan kebebasan kepada muridnya supaya kreatif”. Orang akan lebih kreatif saat diberikan kebebasan dalam melakukan sesuatu hal.
Gambar dibawah juga menunjukkan ahli-ahli GEMAS sedang memasang tikar disetiap meja para pelajar. Hasil derma daripada orang awam, pihak kami telah membeli tikar, alat tulis dan peralatan lain sebagai alat bantuan pembelajaran mereka. Sekian terima kasih kami ucapkan kepada pihak-pihak yang telah memberikan bantuan dan jika ingin memberikan bantuan kepada mereka bolehlah salurkan kepada:
ANDI NORASHEDA (MAYBANK- 16023221183).
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
zahira: 01112690454
rahmi: 01125140170
“MAHASISWA MERAIH MASYARAKAT”