1. Pada hari ini berlangsungnya “Protes Bisu Mahasiswa” di parlimen. Protes ini merupakan respon mahasiswa terhadap 4 isu universiti yang berlaku di Malaysia iaitu isu yuran LI di UMK, isu ALB di UIA, isu yuran makan malam kolej kediaman di UM serta penggantungan yang dikenakan ke atas Asheeq Ali di UKM.
2. Saudara Asheeq Ali dikenakan tindakan penggantungan ke atas kesalahan mengikuti perhimpunan aman TMO1 sedangkan perhimpunan aman tersebut tidak melanggar Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara ini menjamin hak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
3. Di UMK, mereka dikenakan yuran LI yang tinggi iaitu sebanyak RM1380. Yuran sebegini menekan mahasiswa sedangkan universiti awam lain tidak mengenakan bayaran semahal ini.
4. Di UIA, isu ALB masih belum selesai sehingga hari ini walaupun sudah banyak desakan dilakukan sejak tahun lepas. Begitu juga di UM apabila yuran makan malam kolej kediaman sebanyak RM120 diwajibkan ke atas pelajar.
5. Keempat-empat isu ini malangnya gagal mendapat perhatian oleh pihak atasan.
4. Oleh itu, kami dari GAGASAN bersolidariti ke atas Protes Bisu Mahasiswa di Parlimen. Berhenti mendiamkan mahasiswa. Mahasiswa juga rakyat.
#keranamuUMSKAL
#UMSKALsehatisejiwa
#KitaAsheeqAli
#tyUMK
#BantahALB
#My120