Kongres Maruah Melayu, persepsi atau realiti?
Isu Kongres Maruah Melayu ni timbul apabila pimpinan Melayu dalam PKR tak dijemput, adakah Kongres ini khas untuk parti Melayu sahaja? Sedangkan kalau kita baca tujuan asal Kongres diadakan untuk menyatu padukan orang Melayu. Orang Melayu yang ada dalam PKR tak cukup Melayu kah?
Kalau ikut tujuan asal nya, semua orang Melayu perlu dijemput lah walaupun perbezaan parti atau idelogi politik demi memartabatkan bangsa ini. Tapi nampaknya Perdana Menteri sendiri yang cuba memecah belahkan. Persoalannya, bukan kehadiran Bersatu, UMNO atau PAS dalam kongres tu.
Tetapi kehadiran orang Melayu di dalam PKR atau pun DAP, Warisan dan GPS sekalipun. Kenapa kita tak kumpulkan semuanya? Adakah ini antara unsur sebenar perpecahan dan timbul sifat perkauman yang memecah belahkan rakyat melalui politik kepartian?
PAS dan UMNO tu tak usah sebut lah, dari dulu memang parti mereka parti yang mempunyai satu bangsa dan satu agama. Ianya memecah belahkan orang Melayu melalui konteks agama, bangsa atau perbezaan ideologi politik itu terserah kepada penilaian dan pandangan masing masing.
Tapi isu pokoknya, di mana ruang dan tempat orang orang Melayu di dalam PKR,DAP, Warisan, GPS ataupun rakyat yang langsung tidak menganggotai parti mana mana dalam memartabatkan bangsa ini? Adakah tugas ini hanya untuk parti PAS, UMNO dan parti parti Melayu yang lain?
Melayu itu tak kira dari segi budaya atau adatnya bukan hak milik kamu wahai parti parti politik Melayu! Yang semangat sangat nak bela Melayu ni bagus tapi Melayu PKR, DAP dan yang lain tak ambil peduli pula. Sebenarnya, nak bela Melayu atau parti politik kamu?
Sanggup kamu menggunakan nama bangsa ini demi kerakusan kuasa politik, sedangkan nenek moyang kita dulu sanggup korbankan nyawa mereka demi menjaga bangsa ini dari dijajah dan dijadikan hamba oleh orang asing. Ini lah pengkhianat sebenar. Guna nama bangsa untuk kepentingan diri!
Jika kita baca balik sejarah, bagaimana orang orang Melayu dahulu sanggup bermatian matian dalam memastikan agama dan pemikiran orang Melayu khsususnya anak cucu mereka tidak mudah dipengaruhi. Peristiwa 13 Mei, saya tak berminat nak sebut apa yang berlaku.
Tetapi saya nak tekankan bagaimana sikap orang Melayu ketika itu, adakah dia tanya “ Hang Melayu PAS ka UMNO? Hang Melayu PKR ka Melayu Bersatu? “ Cmon lah, jangan lah terlampau taksub dengan bangsa sampai kita salah guna dan lupa perjuangan tokoh tokoh terdahulu.
Parti politik yang sudah tiada modal dan perjuangannya jelas tiada asas yang kukuh secara berterusan akan menggunakan isu bangsa dan agama, kerana mereka tahu rakyat sangat sensitif tentang isu ini dan akan dikembalikan perhatian umum kepada mereka.
Sebab itu, orang Melayu mudah terpedaya dan percaya propaganda orang orang politik apabila isu isu agama dan bangsa dibangkitkan. Secara tidak langsung, orang orang politik akan ambil kesempatan terhadap sikap kita demi kepentingan mereka. Bangsa ini bukan milik orang politik!
Mohamad Firzan Hakimi
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Mahasiswa Keadilan Malaysia