Apakah yang menyebabkan gaji pekerja di Malaysia rendah?
Jika kita lihat kadar kenaikan gaji di Malaysia rendah berbanding negara negara lain. Isu ini bukan masalah baru yang dihadapi oleh rakyat Malaysia kerana ianya berlanjutan dari tahun 1970-an sehingga kini tetapi perbezaanya pada ketika itu ianya tidak dianggap masalah besar oleh rakyat kerana tidak menjejaskan keperluan seharian mereka yakni pada ketika itu harga kos sara hidup tidak terlalu tinggi.
Ianya memberi gambaran bahawa negara kita ketinggalan jauh dari aspek gaji. Dalam kalangan negara negara ASEAN juga kita ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan Singapura, Thailand dan Filipina sebagai contohnya. Ianya terhasil akibat daripada kegilaan kerajaan menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata tanpa memberi penekanan kepada soal gaji yang lebih adil kepada pekerja. Tambahan pula, pekerja di Malaysia tidak diberi pendedahan tentang hak mereka untuk memperjuangan kebajikan dan penggajian melalui kesatuan sekerja yang kuat.
Kita dapat melihat ada beberapa faktor utama yang menjadi tunjang asas kepada masalah ini yang tidak diambil serius oleh kerajaan sebelum ini terutamanya kerajaan Barisan Nasional. Walaupun selepas itu ada perubahan yang baik dari sudut polisi dan dasar setelah diambil oleh kerajaaan Pakatan Harapan yang meminimumkan gaji pekerja kepada RM 1200.
Tindakan kerajaan yang mengendahkan soal keperluan untuk menarik minat pelabur asing untuk membina industri perkilangan mereka di sini sekitar tahun 1970-an dan 1980-an antara faktor mengapa kadar kenaikan gaji di Malaysia berlaku sangat perlahan. Sepatutnya sebagai sebuah negara yang tahap perkembangan teknologi perlahan, kita boleh meletakkan kos buruh yang rendag menjadi daya tarikan utama kepada pelabur asing memindahkan kilang-kilang mereka.
Malangnya ianya tidak berlaku, lebih parah lagi apabila penggajian yang adil sebagai faktor yang menyebabkan penggurangan daya tarikan. Pada ketika itu, dasar tenaga kerja yang tidak menekankan soal hak pekerja untuk berkesatuan membolehkan majikan mengambil kesempatan dalam menentukan gaji pekerja. Perkara ini menyebabkan paras gaji purata di Malaysia lebih rendah jika dibandingkan dengan negara negara yang kedudukan ekonomi nya sama dengan Malaysia.
Seterusnya, Malaysia dikenali sebagai salah satu pusat perkilangan yang mempunyai daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing, secara tidak langsung ekonomi Malaysia perlu mengekalkan daya saing yang utuh terutamanya dari aspek gaji dan kos buruh agar pelabur pelabur kekal dan pelabur pelabur yang baru akan hadir.
Ini memberi gambaran yang jelas pengukuhan mata wang dan kedudukan ekonomi negara semakin kukuh. Faktor ini menimbulkan masalah yang lain iaitu peluang pekerjaaan yang diwujudkan hanya melibatkan kemahiran yang rendah dan kurang daya teknologi. Oleh sebab itu, gaji yang ditawarkan rendah dan hanya kerja kerja yang di dalam ruangan lingkup itu disediakan.
Selanjutnya, keperluan untuk majikan terus menggunakan tenaga kerja yang gajinya rendah menyebabkan kemasukan pekerja asing untuk mengisi kekosongan pekerjaan setelah pekerja tempatan bersikap demand terhadap gaji yang tinggi berdasarkan kos sarah hidup yang meningkat dengan pesat.
Jika kita lihat pada permulaan langkah kerajaan membawa masuk pekerja asing, ianya hanya melibatkan sektor-sektor tertentu tetapi ianya berputar 360 darjah ketika ini. Pada tahun 2017, Encik Chua Choon Hwa, yang merupakan pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan bahawa sejak tahun 2016 jumpah pekerja asing telah pun melebihi jumpah rakyat Malaysia berbangsa India. Ianya sangat membimbangkan, tambahan pula kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini memerintah menyatakan hasrat membawa pekerja asing daripada Afrika di bawah Kementerian Sumber Manusia. Walaupun pada akhirnya, hasrat itu terbatal akibat bantahan keras oleh rakyat.
Berdasarkan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) berpendapat bahawa pekerja di Malaysia masih dibayar upah yang lebih rendah berbanding pekerja di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Jerman dan Singapura meskipun sudah mengambil kira kesaksamaan produktiviti antara negara.
Tambah mereka, Jika seseorang pekerja Malaysia menghasilkan output bernilai AS$1,000 (RM4,077.5), pekerja itu akan dibayar sebanyak AS$340 (RM1,386.35). Bagaimanapun, upah yang diterima pekerja di negara maju itu bagi penghasilan output sama bernilai AS$1,000 (RM4,077.5) adalah lebih tinggi pada AS$510.8 (RM2,082.79).
Mohamad Firzan Hakimi
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Mahasiswa Keadilan Malaysia.