Saudara MOHAMMAD FAHREEN BEDU yang berasal Tawau Sabah ini merupakan mahasiswa tahun tiga bagi program Seni Kreatif Universiti Malaysia Sabah(UMS)
Saudara Fahreen merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam aktiviti berorganisasi dalam dan luar kampus. Beliau merupakan salah seorang exco di Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS. Manakalah untuk organisasi luar beliau bergiat aktif dalam Ikatan Anak Muda Tawau- IKAT dan Belia Tanjung Batu Tawau.
Untuk pengetahuan semua saudara Fahreen antara mahasiswa yang terlibat dalam pembentukan Suara Mahasiswa UMS yang pertama pada tahun 2016. Beliau merupakan tulang belakang iaitu pakar strategi yang memegang jawatan sebagai ketua jentera Suara Mahasiswa UMS untuk pilihanraya kampus pada penggal lalu.
Saudara Fahreen merasakan Suara Mahasiswa UMS adalah salah satu medium yang mampu membentuk sebuah gerakan Mahasiswa pemberani untuk melawan ketidakadilan yang berlaku. Satu gerakan yang membangkitkan jiwa mahasiswa di Universiti
Beliau juga berpandangan bahawa campur tangan dan sikap pilih bulu(kronisme) pentadbiran di dalam politik kampus membuatkan budaya politik di dalam universiti menjadi tempang dan tidak matang. Kekangan yang melampau oleh pihak pentadbiran telah membunuh budaya pemikiran kritis sehinggakan mahasiswa takut bersuara, menyampaikan idea dan pandangan.
Slogan hidup beliau adalah “Untuk sebuah perjuangan itu harus ada keberanian, untuk sebuah gerakan itu harus ada kebangkitan”.
Tahniah dan selamat maju jaya buat Saudara Fahreen dan angkatan Suara Mahasiswa! Mohon doa semua dipermudah segala urusan.
Hidup mahasiswa!
Hidup rakyat!
“Dari mahasiswa kepada mahasiswa, dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia!”