Sejak penubuhan Demokrat pada 2016, kami berpegang teguh pada objektif menyemai demokrasi. Demokrasi ini bertiangkan prinsip ketelusan, akauntibiliti.

1. Usia muda ini jauh sekali hendak dibanding dengan persatuan tertua di kampus. Namun, sepanjang keberadaan kami di kampus yang singkat, pelbagai baik dan buruk telah kami saksi.

2. Kami hargai usaha yang dibuat oleh pihak pihak termasuk pentadbiran kampus untuk mencapai ketelusan dan akauntibiliti yang ideal.

3. Pun begitu, kami akan terus dengan aksi mencambah demokrasi, menolak korupsi. Tidak terhad hanya kepada lawan, juga tidak bias kepada yang dianggap kawan.

Akhir kata, Demokrat Universiti Malaya tidak akan bertoleransi terhadap sebarang korupsi wang oleh mana-mana pihak dan penyalahgunaan dana.

“No man who is corrupt, no man who condones corruption in others, can possibly do his duty by the community.”

-Theodore Roosevelt

By Editor

Leave a Reply