DEMOKRAT UM ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan media oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 15 September berkenaan PRK. Rumusan kenyataan media tersebut adalah seperti berikut:
1. Semakan semula tatacara perlaksanaan Pilihanraya Kampus dengan memberi ruang kepada pelajar untuk mengendalikan Pilihanraya Kampus dengan telus dan bebas ( free from any interference and influences)
2. Mahasiswa diberikan autonomi untuk mengendalikan Pilihanraya Kampus dengan penyediaan prasarana(facilities) dari Universiti.
3. Kementerian Pendidikan Malaysia memberi ruang kepada Universiti Awam untuk penangguhan PRK.
Sebagai mahasiswa, hak juga hadir bersama tanggungjawab. Kami dari Demokrat UM telahpun bersedia dengan satu Kertas Kerja Reformasi Pilihanraya Kampus untuk diserahkan kepada pihak pentadbiran universiti untuk menyokong usaha ini.
Kami juga ingin menjemput secara terbuka sebarang kolaborasi dengan gerakan-gerakan lain di dalam kampus(UMANY, Angkatan Mahasiswa, Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya , Neo-Siswa Universiti Malaya, HARMONI dan mana-mana INDIVIDU) untuk bekerjasama dalam pelbagai cara demi reformasi sistem pilihanraya kampus ini.
Sekian,
ILMU PUNCHA KEMAJUAN