PUTRAJAYA, 12 Feb — Masih belum jelas M. Vasanthapiriya yang mati selepas dituduh mengambil telefon mahal guru mencurinya, kata polis.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah itu tidak menunjukkan dengan jelas muka pencuri iPhone tersebut, kata ketua polis Pulau Pinang.

Polis masih tidak dapat mengesahkan rakaman CCTV tersebut kerana kualiti videonya buruk, kata Datuk A Thaiveegan kepada media hari ini.

“Polis perlu pakar forensik untuk menjelaskan lagi rakaman itu untuk melihat siapa dia [yang melakukannya],” katanya.

Beliau mengulas beberapa laporan media yang menyebut pelajar tingkatan dua tersebut, yang mati di hospital, sebagai pelakunya.

Mangsa yang menuntut di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang menggantung diri selepas dituduh mengambil telefon guru tersebut.

Thaiveegan mengingatkan tiada laporan sah dapat mengaitkan Vasanthapiriya dengan kes itu kerana polis masih menunggu laporan forensik.

 

SUMBER

By Editor

Leave a Reply