Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Online
- Sila klik untuk mendaftar di pautan berikut: http://www.bankrakyat.com.my
- Isi maklumat yang dikehendaki selengkapnya. Jika server slow, akses semula nanti. Ini kerana ramai pengguna sedang mengakses portal pendaftaran Bank Rakyat. Anda dinasihatkan untuk mengakses bukan pada waktu puncak.
- Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan memaklumkan melalui mesej bilakah pemohon boleh mengambil KADS1M tersebut.
Info lanjut berkenaan KADS1M ini boleh layari https://www.irakyat.com.my/index.php/personal/…/debit-kads1m
-
Menurut Bank Rakyat, sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank rakyat anda tidak perlu membuka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 sahaja dikenakan untuk mendapatkan KADS1M. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna yang menyalah guna BB1M ini.
Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017
- Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.
- Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaannya adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ini terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
- Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.
Ayuh, daftar sekarang!