GIATMARA

GIATMARA

Cara Memohon Program Latihan Kemahiran GIATMARA Malaysia ~ Program Latihan Kemahiran GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar. 

Program latihan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang di tetapkan.

Baca Juga: Karnival Kerjaya PERKESO: Pelbagai Jawatan Kosong Ditawarkan!


Kursus Yang Ditawarkan

Anda boleh lihat senarai kursus yang ditawarkan seperti dibawah: 

  • Computer And Networking Technology
  • Eletrikal
  • Elektronik/Mekatronik
  • Fabrik
  • Hair Dressing And Costemology
  • Hospitaliti
  • Kulinari
  • Mekanikal 
  • Pembuatan
  • Pengangkutan
  • Senibina 
  • Creative Media

[SENARAI KURUS YANG DITAWARKAN]


Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Bumiputera
  2. Sihat Tubuh Badan
  3. Boleh membaca, menulis, minat
  4. Berumur minimum 15 tahun dan ke atas
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon
  6. Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki Peperiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

Serta, sila pastikan:

  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  2. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  3. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  4. Anda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  5. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online kami


Cara Membuat Permohonan

Anda boleh membuat permohonan bermula 1 Oktober 2021 secara atas talian. Layari pautan berikut:

Program Latihan Kemahiran ini adalah untuk program sepenuh masa sahaja. Sekiranya anda ingin mengikuti program separuh masa, sila dapatkan borang di Pusat GIATMARA yang terletak berhampiran anda. 

Sila rujuk manual permohonan untuk mengetahui cara-cara membuat permohonan dengan lebih jelas. 

[MANUAL PERMOHONAN]


Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan, sila hubungi:

No tel: +603 – 2691 2690

GIATMARA Sendirian Berhad, Wisma GIATMARA, No 39 & 41, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur

Baca Juga:

Leave a Reply