Anda mempunyai saudara-mara ataupun ibubapa yang berstatus warga emas? Terkini pada tahun 2022,  Jabatan Kebajikan Masyarakat ada membuka bantuan khas untuk warga emas sebanyak RM500 sebulan. Tujuan bantun ini adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih sejahtera kepada warga emas disamping membantu membina kelangsungan hidup dalam komuniti.

Oleh itu, jika anda kenal sesiapa yang mempunyai status golongan emas, marilah bantu dan sebarkan info maklumat ini kepada mereka.

Sila teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan bantuan ini di bawah:-

MAKLUMAT BANTUAN

Bantuan Warga Emas sebanyak RM500

KADAR BANTUAN

RM500 SEBULAN seorang

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
    Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:

i.  Institusi kendalian JKM
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara  percuma

Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

CARA PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

SECARA MANUAL

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :-

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
  • Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:-

BORANG YANG BERKAITAN :-

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

SECARA TALIAN/ONLINE

Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :-

  • Layari laman web ebantuanJKM
  • Klik Daftar Permohonan atas Talian
  • Masukkan no kad pengenalan
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan.

Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;-

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-

Alamat:

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
No. Tel: 03 – 8000 8000

Leave a Reply