Bangun tadi, teringat pengalaman berada dalam beberapa organisasi sebelum ini. Antara toksik cliche yang kita selalu jumpa,
1) Mentaliti “Aku betul, orang luar tiada di kasut aku”.
Sekilas pandang, bunyi seperti bagus dan ada benarnya. Namun sikap ini kadangkala menyebabkan seseorang individu itu sukar menerima nasihat, pandangan dan teguran daripada orang yang lebih berpengalaman dalam bidang tersebut. Implikasinya, jatuh ke lubang biawak untuk kali yang kedua.
2) Bangau.
Menutup salah kita dengan memfokuskan kelemahan orang yang menegur. Cara ini kadangkala lebih berkesan bila diselarikan dengan kemahiran psikologi. Nampak bijak? Buruk implikasinya pada organisasi.
Ada situasi, kita ibarat orang lemas yang akan menarik apa sahaja yang kita berjaya capai.
Dalam erti kata lain, demi menutup kelemahan kita takdir Allah sanggup kita persalahkan. (“Si fulan yang ….”) Tanpa kita sedar, sedikit² kelemahan kita itu akan terzahir sendiri tanpa disedari.
Teguran yang disampaikan adalah tanda “mereka” inginkan kita menjadi lebih baik. Jangan terlalu defensif sehingga kita merasakan seperti diri kita tiada sebarang cacat cela.
3) Bersangka baik.
Eh, salahkah kita bersangka baik?
Tidak salah, tetapi perlu pada tempatnya. Kadangkala kita terlalu bersangka baik dan mengharapkan sesuatu masalah itu selesai dengan sendirinya.
“Sahabat kita ni sibuk dengan assignment“.
Lalu kita bebankan kerjanya kepada sahabat lain. Rupanya sahabat tadi yang dikatakan ada assignment itu tadi, 20% (assignment) 40% (game) 40% (mandi sungai, jalan² mencari covid untuk disebar). Sangka baik itu tak salah, tapi menzalimi orang lain itu salah.
Azamuddin Azhari, UUM.