Asheeq Ali yang merupakan mahasiswa tahun akhir UKM, digantung sebulan akibat keterlibatan beliau dalam perhimpunan aman. Penangguhan hukuman Asheeq berlaku apabila beliau membawa kes ini ke mahkamah awam. Malangnya telah kalah di dalam kes tersebut. Kini beliau digantung selama sebulan.
Besar harapan aktivis mahasiswa supaya rakan-rakan aktivis, NGO, parti politik bersama-sama dalam bersolidariti dalam hukuman ini. Mahasiswa seharusnya diberi kebebasan dalam apa-apa bentuk gerakan politik di luar kampus.
Di saat aku hanya berbaki 3 bulan di universiti sebelum tamat pengajian, aku digantung sekali lagi untuk perhimpunan yang aku hadiri dua tahun yang lalu. kali pertama aku digantung pada tahun 2016, dan ini penggantungan kali kedua untuk kesalahan yang sama.
kesannya kepada graduasi aku, mungkin aku akan dihalang menduduki peperiksaan kerana tidak cukup bilangan kehadiran.
Universiti semakin bebas menghukum mahasiswa. selagi mana kau bebas menghukum, selagi itu aku juga bebas melawan. Aku akan gunakan tempoh pengantungan ini dengan sebaik-baiknya.