Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Penolong Pegawai Tadbir N29
  • Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera JA29
  • Jururawat U29
  • Pemandu Kenderaan H11

GAJI/ELAUN

  • Sila semak iklan penuh di bawah*

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki STPM/STAM/Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian
    tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php.
  • Pemohon juga boleh menghantar permohonan beserta kepada:
    TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
    PEJABAT PENTADBIRAN
    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
    KAMPUS SERI ISKANDAR
    32610 BANDAR SERI ISKANDAR
    PERAK DARUL RIDZUAN
    NO.TEL: (05) 374 2000

IKLAN PENUH 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 Jun 2022 (Selasa)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply