Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia  ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Penolong Pegawai Arkib Gred S29

GAJI/ELAUN

  • RM1493.00 – RM5672.00
  • Kenaikan tahunan : RM145.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki STPM/STAM/DIPLOMA yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

BIDANG DIPERLUKAN

  • Aplikasi Multimedia
  • Fotografi dan Pengimejan Kreatif
  • Hubungan Antarabangsa
  • Organisasi dan Tenaga Manusia
  • Pengajian Maklumat
  • Pengajian Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat)
  • Pengajian Warisan
  • Pengurusan Maklumat
  • Pengurusan (Organisasi)
  • Pengurusan Awam
  • Pengurusan Rekod
  • Pengurusan/Pentadbiran Awam
  • Sejarah
  • Sistem Pengurusan Maklumat

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

24 Mei 2022 (SELASA)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply