Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang berminat. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Perajurit Muda Siri 224/22

GAJI/ELAUN

  • Gaji permulaan RM2341.07

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon mestilah seorang lelaki berwarganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 31 Mei 2022.
  • Pemohon mestilah Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta
  • Pemohon adalah bujang.
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah mengisi borang secara talian dengan lengkap dan betul.
  • Panduan pengisian maklumat awal seperti berikut:
    • Sila isi emel dengan betul
    • Sila isi nombor kad pengenalan seperti dalam kad pengenalan
    • Sila isi nama penuh dengan huruf besar seperti tercatat dalam kad pengenalan
    • Sila pilih maklumat agama, bangsa dan taraf bumiputeradengan betul
    • Sila isi no. Telefon

BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN TLDM 2022

  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk mendaftar:

  1. 1 Salinan Kad pengenalan pemohon.
  2. 1 Salinan Sijil kelahiran pemohon.
  3. 1 Salinan Sijil kelayakan akademik pemohon (SPM, SVM dan Diploma).
  4. 1 Salinan Kad pengenalan bapa.
  5. 1 Salinan Sijil kelahiran bapa.
  6. 1 Salinan Kad pengenalan ibu.
  7. 1 Salinan Sijil kelahiran ibu.
  8. 1 Salinan Sijil kematian bapa (jika berkaitan).
  9. 1 Salinan Sijil kematian ibu (jika berkaitan).
  10. 1 Salinan Sijil cerai ibubapa (jika berkaitan).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

20 Mei 2022 (JUMAAT)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply