Jawatan Kosong Personal MyStep | Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Guru Tabika Perpaduan

GAJI/ELAUN

  • RM1400.00/Sebulan

BIDANG YANG DIPERLUKAN

  • Bahasa Mandarin

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Berumur tidak kurang 20 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam
    matapelajaran Bahasa Melayu.
  • Mengambil matapelajaran Bahasa Mandarin dalam SPM dan sekurang-kurangnya mendapat Kepujian (Gred C) atau mempunyai sijil yang setaraf daripada institusi yang diiktiraf.
  • Berkemahiran dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin (serta mahir dalam Hanyu Pinyin).
  • Mempunyai latar belakang pendidikan dalam Bahasa Mandarin.
  • Mempunyai pengalaman mengajar terutamanya dalam Bahasa Mandarin.
  • Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu.

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kontrak yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor atau dengan melayari laman sesawang https://www.perpaduan.gov.my
  • Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):
    a) Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz passport; dan
    b) Salinan sijil SPM serta sijil lain yang berkaitan.
    c) Salinan Kad Pengenalan
    d) Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
    3. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui emel ke sitiathirah@perpaduan.gov.my
    atau dihantar ke alamat seperti di bawah:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SELANGOR
TINGKAT 9, WISMA PKPS
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40517 SHAH ALAM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

06 Mei 2022 (Jumaat)/12.00 tengahari

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply