Kini, UNIVERSITI SELANGOR MALAYSIA (UNISEL) membuka  jawatan kosong  untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan-jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pensyarah Khas (Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat, Kampus Bestari Jaya)
  • Bidang: Kejuruteraan Elektrik

GAJI/ELAUN

  • RM3000.00/sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 50 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan
    atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (Ir.) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik;
  • Mempunyai tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan (Elektrikal);
  • Mempunyai kebolehan mengajar dan menyampaikan maklumat dengan baik; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurangkurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON

  • Calon yang berminat hendaklah mengemukakan Borang Permohonan beserta gambar berukuran
    passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat
    berikut :-

    • Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, keluarga, alamat surat menyurat, nombor
      telefon dan email untuk dihubungi;
      ii. Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
      iii. Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat termasuk di peringkat Antarabangsa;
      iv. Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat/penduduk setempat/kariah dan sebagainya.
    • Permohonan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :
      Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
      Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
      Kampus Bestari Jaya
      45600 Bestari Jaya
      Selangor
      Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077
  • Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.
  • Tarikh akhir penerimaan borang permohonan adalah pada atau sebelum 31 Mac 2022.

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

31 MAC 2022 (KHAMIS)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply