
Solidariti Pertubuhan Pelajar Indonesia di UniZsa bantu mangsa Banjir
PPI UniZsa, MPP, Dan Relawan UniZsa
Terengganu- Bencana banjir yang mejejaskan beberapa kawasan wilayah di Pantai Timur, sekali lagi, telahpun membina solidariti kita sebagai sesama elemen masyarakat, yang merentasi Kaum, agama, bahkan kebangsaan untuk bertungkus lumus membantu para mangsa.
Seperti yang berlaku di Kuala Berang, pada 02 Maret 2020 . para pelajar Indonesia yang sedang menuntun pengajian di Universiti Zainal Abidin Terangganu (UniZsa), membantu mangsa banjir bersama Majlis perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin yang juga membawa sebanyak 100 warga Unisza.
Misi Banjir ini akan diagendakan secara berkelanjutan, sehingga kampung-kampung terbabit boleh pulih seperti sedia kala, menurut Presiden MPP Unisza , Faris “Misi Banjir ini akan kita lakukan secara berseri, sekitar ada tiga seri,” ungkapnya melalui pertemuan virtual.
Kesukarelawan yang diikuti oleh Persatuan Pelajar Indonesia Di Unisza, pada hari itu adalah bahagian dari seri kedua yang kesemuanya dibagi kedalam tiga tim untuk membersihkan tiga sekolah kebangsaan yang berada di lokasi terbabit.
Ketua PPI UniSZA, Sar’in, yang turut dalam Misi Banjir Terengganu, merasa prihatin menyaksikan kondisi sekolah yang terjejas. Ia pun bersemangat dan berbahagia boleh membantu membersihkan kawasan sekolah mangsa banjir, “alhamdulillah, senang rasanya bisa membantu”, kata Mahasiswa Fakulti Kontemporer Islam ini.