Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus pegawai perkhidmatan pendidikan Bumiputera/ Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalambidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Institut Pendidikan Guru Kampus.

Bagi pensyarah yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak layak mendapat Elaun Perumahan Wilayah, Elaun Gangguan, Elaun Kritikal, Elaun Warden (jika dilantik sebagai warden) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pensyarah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – PPP)
  • Jurulatih Ko-Kurikulum Gred DG44
  • Pegawai Pengurusan Gred DG41/42/44 (KUP)

GAJI/ELAUN

Gaji adalah berdasarkan gred jawatan yang dimohon

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat
  • Memiliki kelayakan akademik yang sesuai (Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PHD)
  • Bukti kecemerlangan perkhidmatan, markah Laporan Nilaian PrestasiTahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (2019, 2020 dan 2021);
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib / surcaj;
  • Telah melaksanakan perisytiharan harta;
  • Diperakukan oleh Ketua Jabatan (Pengarah dan Pengetua/ Guru Besar)
  • NOTA: UNTUK KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) di alamat https://sgmy.moe.gov.my/my. Mohon mulai 8 Februari 2022
  • Pemohon perlu melengkapkan permohonan dalam talian, mencetak borang permohonan daripada sistem dan dapatkan pengesahan dan sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar dan Pengarah JPN.
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang  telah ditetapkan oleh KPM. Sila sertakan semua salinan dokumen/ sijil (perlu disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Kumpulan A) seperti berikut:
      • a. Resume terkini;
        b. Kad Pengenalan;
        c. Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang telah dikemaskini;
        d. Sijil-sijil Akademik (SPM/ STPM/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD);
        e. Sijil-sijil Kokurikulum/ Penglibatan NGO;
        f. Sijil Kelayakan Profesional (sekiranya ada);
        g. Testimonial/ Pengesahan Kerja daripada majikan;
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Februari 2022 (Jumaat). Borang yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada tarikh tersebut ke alamat berikut:
                    • Unit Pengurusan Sumber Manusia
                      Pejabat Pendaftar
                      Institut Pendidikan Guru Malaysia
                      Kementerian Pendidikan Malaysia
                      Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan
                      63000 Cyberjaya, SELANGOR
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

25 FEBRUARI 2022 (JUMAAT)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply