Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kini, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia (UTHM) ada membuka pelbagai jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan-jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia dan para graduan lepasan Universiti.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Tadbir N41
  • Pegawai Belia dan Sukan S41
  • Penolong Jurutera JA29
  • Penolong Arkitek Landskap JA29
  • Penolong Pegawai Tadbir N29
  • Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29
  • Pembantu Keselamatan KP19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  • Pembantu Belia dan Sukan S19
  • Pemandu Kenderaan H11
  • Pengawal Keselamatan KP11

GAJI/ELAUN

  • Gaji permulaan yang lebih tinggi pada Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
  • Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan / Imbuhan Tetap Keraian / Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuat kuasa.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan tidak lebih 54 tahun ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai Sijil SPM/SVM/SKM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal PERJAWATANUTHM untuk memohon jawatan yang dibuka
  • Permohonan adalah secara atas talian (online) sepenuhnya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan
  • Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon TIDAK PERLU dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan
  • Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • Sebarang pertanyaan sila kemukakan secara e-mel kepada [email protected].
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

9 FEBRUARI 2022 (RABU)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply