Masih tercari-cari pekerjaan? Gusar dengan masa hadapan? Hah, ada berita baik untuk para graduan yang berminat dan berkelayakan, kini Universiti Malaya ada membuka kekosongan jawatan untuk Pegawai Teknologi Maklumat Gred S41. Oleh itu, kepada mereka yang ingin mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah segera patuhi dan lihat syarat-syarat serta tatacara permohonan jawatan ini di bawah.

Tunggu apa lagi? Jom semak butiran di bawah:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Pegawai Teknologi Maklumat Gred S41

GAJI

RM2315.00 – RM9618.00

Elaun: RM900 (Elaun Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) , Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) , Bantuan Sara Hidup (BSH) )

Kenaikan tahunan : RM225.00

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Sarjana/PHD yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Universiti Malaya
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
  • Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web http://e-recruitment.um.edu.my.
a. Bagi pemohon luar yang pertama kali menggunakan sistem ini, sila pilih Pendaftaran Baru.
b. Bagi calon luar yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini, anda boleh menggunakan ID, katalaluan dan data terdahulu untuk memohon jawatan. Maklumat yang diberi hendaklah yang terkini dan pastikan anda mengemaskini maklumat yang telah dimasukkan terdahulu.
c. Bagi staf Universiti Malaya sahaja sila pilih Staf UM (Permohonan Jawatan).

NOTA PENTING:

  • Pemohon juga dibenarkan menukar atau mengemaskini jawatan yang diiklankan sebanyak 3 kali dalam tempoh iklan dibuka sahaja. Sebarang perubahan jawatan yang dipohon selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat peribadi pada bila-bila masa dan hanya data pada tarikh tutup sesuatu iklan sahaja yang akan digunakan sebagai maklumat sebenar calon.
  • Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitamkan dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989) yang jika disabitkan boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

SILA RUJUK PADA IKLAN PENUH 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan ini, anda boleh menghubungi:-

Bahagian Pengurusan Insan
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaya
No. Tel : +603-7967 7013/7911/3485/7709/7736/3526

ATAU sekiranya menghadapi masalah dari segi teknikal/sistem, sila hubungi :

Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Malaya
E-mel : [email protected]

Sila hubungi dalam waktu pejabat seperti berikut:
Isnin – Khamis : 8.00am – 1.00pm & 2.00pm – 5.00pm
Jumaat : 8.00am – 12.15pm & 2.45pm – 5.00pm
(Waktu Malaysia, GMT +8.00)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply