No alternative text description for this image

Pro- Bono CV Review Services  (Review CV Anda Secara Percuma!) ~ One Step Closer dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kini anda boleh menghantar CV anda untuk disemak (review)  oleh profesional HR secara percuma!

Sekiranya anda seorang siswazah yang menganggur, atau profesional yang diberhentikan kerja atau seorang wanita yang kembali ke tenaga kerja, anda layak untuk perkhidmatan ini.

One Step Closer merupakan rakan kongsi bersama Konvensyen Kerjaya Wanita (WCC) @talentcorpmsia.  Perkhidmatan Semakan CV yang dilancarkan pada Julai 2021 dan disokong oleh rangkaian lebih 40 profesional HR berpengalaman merentas pelbagai industri. Ia telah membantu lebih 300 pencari kerja dalam meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Kini anda boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang berjaya mendapatkan pekerjaan. Sila ikuti langkah mudah di bawah untuk menghantar CV anda!


Cara Menghantar CV

  1. Layari lama web rasmi Women Career Convention di pautan berikut; womencareerconvention.com
  2. Kemudian, klik “REGISTER” /”DAFTAR”.
  3. Muat naik CV anda selewat-lewatnya pada 29 NOVEMBER 2021. 
  4. Klik “ONE STEP CLOSER” pada pilihan senarai syarikat. 
  5. Akhir sekali, klik “APPLY”/ “MOHON”. Anda akan dihubungi melalui emel sekiranya pendaftaran berjaya. 

WWC


Baca juga:

Leave a Reply