ptptn

ptptn

Anda mempunyai urusan dengan pejabat PTPTN? Urusan tertangguh? Pejabat PTPTN tutup?

Pada musim pandemik ini, banyak urusan yang perlu kita selesaikan tetapi tertangguh disebabkan beberapa faktor. Jangan risau, kini, sekiranya anda mempunyai sebarang urusan yang melibatkan pihak PTPTN,  anda boleh terus menghubungi mereka melalui beberapa saluran seperti yang disenaraikan di bawah bagi memudahkan urusan anda

Cepat, mudah, dan yang pastinya anda tidak perlu keluar rumah semata-mata untuk berurusan.

Okay, mari teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.


1. TALIAN CARELINE

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun kekeliruan, anda boleh terus menghubungi talian careline mereka tanpa perlu ke kaunter. Nyatakan nama dan permasalahan anda kepada pegawai bertugas dengan jelas. Pastikan juga anda mencatat sebarang maklumat yang diberikan sekiranya perlu. Anda tak perlu risau dan segan, pegawai yang bertugas pasti akan melayani anda dengan mesra dan baik bagi menjawab segala pertanyaan anda. Mudah bukan??

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian careline PTPTN di talian berikut : 03 2193 3000


2. LIVE CHAT 

Selain daripada panggilan melalui talian careline tadi, anda juga boleh berhubung secara online melalui live chat yang disediakan di laman web rasmi. Anda hanya perlu layari laman web rasmi PTPTN dan mulakan pertanyaan anda di kotak pertanyaan yang disediakan.

Untuk berhubung melalui Live Chat, anda boleh ke pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my


3. HUBUNGI PENGURUS CAWANGAN

Untuk urusan yang penting dan perlukan jawapan segera, anda boleh terus menghubungi Pegawai Pemasaran, di cawangan atau daerah masing-masing. Pastikan anda telah menyediakan soalan anda dengan jelas beserta maklumat-maklumat lain sekiranya perlu sebelum membuat panggilan untuk memudahkan urusan kedua belah pihak.

Semak senarai talian pengurus cawangan PTPTN di setiap negeri pada pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn


4. E-JANJI TEMU

Atau, sekiranya perlu ke pejabat yang berhampiran, pastikan anda membuat janji temu sebelum datang.

Anda boleh membuat janji temu secara atas talian melalui pautan berikut : https://ejanjitemu.ptptn.gov.my/


Apa yang anda perlu lakukan adalah; 

  1. Sediakan senarai persoalan/kekeliruan dengan jelas.
  2. Sediakan maklumat-maklumat lain yang berkaitan sekiranya perlu.
  3. Catat maklumat penting yang disampaikan oleh pegawai bertugas.
  4. Pastikan anda mendapat jawapan yang anda perlukan dengan jelas dan tepat untuk mengelakkan kekeliruan di hari mendatang.
  5. Sekiranya anda ingin membuat janji temu, pastikan anda rancang perjalanan anda dan book slot janjti temu secara atas talian sekurang-kurang dua hari sebelum.

Mudahkan?

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi pihak PTPTN sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun kekeliruan dengan menggunakan saluran yang disenaraikan di atas. Elakkan menangguh urusan penting anda agar tidak ada masalah lain yang timbul di kemudian hari.

Semoga dipermudahkan!

Leave a Reply