Bank Islam

Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad (didaftarkan sebagai Bank Islam) mula beroperasi sebagai Bank Islam pertama Malaysia pada tarikh 1 Julai 1983. BANK ISLAM menawarkan peluang untuk para graduan menjalankan latihan industri seperti  maklumat di bawah :


Syarat Kelayakan Memohon

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan penempatan latihan industri :

a. Pengajian Ijazah di institusi tinggi diiktiraf di Malaysia dan di luar negara
b. Mampu menjalani latihan selama 12 hingga 14 minggu
c. Motivasi diri, kemahiran interpersonal yang baik dan mampu bekerja secara berpasukan


Cara Memohon Latihan Industri 

Untuk memohon, anda boleh memohon melalui pautan berikut : Mohon Disini

Kemudan klik, APPLY NOW

Sila nyatakan jawatan yang anda pohon ketika menghantar permohonan. Selain itu, pastikan anda telah menyediakan resume/cv dan gambar profil berukuran gambar passport untuk penilaian majikan sebelum melakukan permohonan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon ketika membuat permohonan.

Calon memiliki kelebihan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berperwatakan Menarik,
  • Berpengetahuan am,
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (sila rujuk kelayakan permohonan pada iklan).

PENTING: Pemohon disarankan untuk membaca dengan teliti semua syarat kelayakan dan maklumat/info jawatan yang ditawarkan sebelum membuat permohonan. Pastikan anda mengisi maklumat anda dengan betul dan lengkap.


Bagi calon-calon yang berjaya, anda akan dihubungi dan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklum balas selepas lebih 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran, anda hendaklah memberi respon balas sama ada MENERIMA atau MENOLAK tawaran tersebut dalam masa yang ditetapkan.

Semoga berjaya !

Leave a Reply