Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off 2021

Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off 2021 ~ Satu pengumuman telah dilakukan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off 2021 pada 20 Jun lalu.

Semalam, 6 Julai 2021, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) membuat satu kenyataan media berkaitan pengumuman tersebut. Berikut ialah kenyataan media yang terkini dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP):


Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) ingin memaklumkan bahawa hebahan bagi Pengambilan Khas Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara One-Off Tahun 2021 seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan pada 20 Jun 2021 akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 selewat-lewatnya 5.30 petang. 

Pengambilan khas ini akan mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara. Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh Graduan Pendidikan.

Sehubungan dengan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temuduga pengambilan khas ini. 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 

6 Julai 2021


Diharapkan semua calon yang ingin membuat permohon cakna dengan pengumuman yang akan dibuat hari ini mengenai pengambilan tersebut. Sila layari laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan. 

Pihak kami juga akan terus mengemaskini maklumat berkaitan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One Off 2021 di pautan ini : www.nadisiswa.com

Sekian.

Lihat juga:

Leave a Reply