Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021 ~ Program Tajaan MARA Terkini (Master& PHD)

Graduate Excellence Programme (GrEP) atau Program Graduan Cemerlang 2021 merupakan sebuah program  yang ditawarkan oleh pihak Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA).

Program ini menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah). Terbuka untuk permohonan bagi Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Khusus untuk graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Syarat-Syarat Permohonan Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021

Pemohon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti yang ditetapkan. Oleh itu, sila baca dengan teliti syarat-syarat permohonan Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021 seperti dibawah:

Syarat Umum 

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan dalam syarat khusus (akademik).
  • Wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021

Syarat Program

  • Terbuka kepada pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  • Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti yang dinyatakan (rujuk iklan).
  • Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer); universiti luar negara.
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti seperti yang dinyatakan (rujuk iklan).

Cara Memohon Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021

Individu yang berminat dikehendaki untuk melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my atau, terus layari https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login untuk memohon secara atas talian.

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 21 Jun sehingga 5 Julai 2021.

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA adalah dianggap tidak berjaya. Semua keputusan adalah muktamad.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bahagian Penganjuran Pelajaran, Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.   

  • No. tel : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara) atau 03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)  
  • Emel : [email protected] (bagi permohonan dalam negara) atau [email protected] (bagi permohonan luar negara)

__

Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda berkelayakan dan menepati syarat-syarat yang dinyatakan. Sila ambil maklum tarikh tutup permohonan agar anda tidak terlepas untuk memohon. Mohon segera dan rujuk panduan yang diberikan. Semoga berjaya!

Rujuk Garis Panduan Permohonan:

Graduate Excellence Programme (GrEP) atau Program Graduan Cemerlang 2021

Leave a Reply