Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh United Nation’s Children Fund (UNICEF), sebanyak 20.7 peratus kanak-kanak yang berumur 5 tahun yang tinggal dikawasan bandar Kuala Lumpur mengalami masalah pembesaran terbantut akibat daripada kekurangan nutrisi yang mencukupi dalam pemakanan harian.

Oleh itu, Pertubuhan Demokrat Sosial (Demuda) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan melaksanakan satu inisiatif yang dipanggil Projek Nasi Lemak. Projek ini bertujuan untuk membantu 600 ahli keluarga yang kurang berkemampuan dengan memberi juadah nasi lemak yang berkhasiat secara percuma disamping membantu peniaga tempatan di Setiawangsa dengan setiap pembelian bungkusan nasi lemak.

Masalah kekurangan nutrisi akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada kanak-kanak dalam menjalani proses pembesaran yang sempurna. Akibat daripada kekurangan nutrisi, kanak-kanak akan mengalami pelbagai penyakit yang mempengaruhi perkembangan mental dan fizikal mereka.

Antara faktor utama masalah ini ialah kemiskinan bandar. Faktor ini menyebabkan keluarga yang tidak berkemampuan sukar untuk menyediakan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak mereka.

Harapan kami agar inisiatif ini dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan makanan yang berkhasiat.

Bagi menjayakan Projek Nasi Lemak, kami menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM3,000.

Untuk menyumbang, anda boleh terus scan QR Code yang dipaparkan atau layari: https://donation.com.my/projek-nasi-lemak.html

AZHA SALAHUDIN,
AMK Setiawangsa.

Leave a Reply