Huzayl Mohd – Antara Penawaran Jawatan Strategik dan Wahyu

Antara Penawaran Jawatan Strategik dan Wahyu

Ada sebuah ketika di dalam sirah kehidupan baginda, di waktu fasa dakwah baginda di kota Mekah secara terang terang, ada satu ketika di mana kaum Musyrikin Mekah telah dua kali melakukan proses rundingan dan diplomasi dengan baginda dalam menawarkan jawatan yang tinggi dan strategik, harta yang banyak dan wanita wanita yang menawan sehingga pastinya mengangkat status baginda di dalam masyarakat Mekah.

Diceritakan oleh Ibnu Hisyam, ada seorang diplomat hebat, ‘Utbah Bin Rabi’ah yang berjumpa dengan nabi Muhammad untuk membuat rundingan dengan menjanjikan kekayaan harta yang lebih banyak berbanding pembesar qurasy, kemuliaan dengan menawarkan pangkat ketua kepada para pembesar qurasy, dan pemartabatan raja buat baginda, dengan syarat nabi berhenti membawa ajaran Islam.

Antara proses rundingan lain yang diterima nabi adalah daripada Al Walid Al Mughirah dan Al Asr bin Wail yang datang kepada baginda dan menawarkan untuk menjadikan baginda seorang manusia yang paling kaya berbanding manusia yang lain, juga menawarkan baginda untuk berkahwin dengan wanita jelitawan ‘Arab.

Tawaran itu di minta untuk di tukar kan dengan satu perkara, iaitu untuk membenarkan mereka menyembah berhala sehari, dan hari hari lain Nya pula menyembah Allah. Baginda juga menolak dan turun lah surah Al Kafirun “Untukmu agamamu, bagiku agamaku”. Nabi juga pernah didatangi pembesar pembesar Qurasy yang menawarkan baginda tiga perkara, menjadi ketua bangsa ‘Arab, kekayaan dan kesihatan, tabib dan dukun yang terbaik untuk merawat nabi jika nabi di sihir atau sakit.

Bila membaca kisah rundingan ini, tidakkah kita terfikir, kenapa tidak nabi terima sahaja tawaran tersebut? Jawatan yang di tawarkan bukan biasa biasa, kalau dalam konteks sekarang bayangkan sahaja di tawarkan menjadi presiden sebuah negara, di tawarkan untuk mempunyai resources keewangan yang tidak kunjung surut, juga wanita wanita yang menjadi simbolik kepada status sosial dan kemegahan, kesihatan yang kalau konteks sekarang, kita ditawarkan dengan doktor pakar terhandal di dunia untuk merawat dan menjaga kesihatan ketika. Tidak kah ini satu strategi dakwah yang baik? Dengan jawatan, polisi dan pengaruh boleh di peroleh, lebih mudah dakwah berkembang. Dengan kekayaan dan status sosial, agama islam lebih di pandang tinggi dan mudah diterima umum, dengan kesihatan, baginda tidak perlu risau untuk bersakit sakitan dalam menyebarkan dakwah. Kenapa tidak melihat ini sebagai peluang dan strategi dakwah?

Tetapi itulah sucinya perjuangan dakwah islamiyyah. Said Ramadhan menulis di dalam fiqh Al Sirah bahawa Dakwah Islamiyyah itu punya jalan dan cara nya tersendiri, tidak boleh sembarangan mengambil jalan untuk mencapai matlamat. Silap jika kita memandang dakwah islamiyyah itu tentang kemudahan dan kelicinan untuk menghindar penat lelah, tetapi itulah tujuan dan hikmah dakwah, adalah untuk mengangkat yang haq dengan jalan dan cara yang diredhai.

Dan dengan jalan jalan inilah kebijaksanaan berstrategi di tumpahkan, merangka strategi ghazwah Badar dengan menahan sumber air di sebuah kawasasan, menggali parit semasa ghazwah Khandak sebagai kubu pertahanan. Maka jelaslah kita tiada konsep dakwah islamiyyah ada neraca nilai dan ruang batasnya tersendiri. Tiada strategi yang di katakan hebat, sekiranya tidak diikat kemas dengan daerah dan sempadanan prinsip dan susila syariah.

Huzayl Mohd 
Pengerusi Belia Harmoni UIAM Gombak

Leave a Reply