Kenyataan Front

Suara Mahasiswa = Penangguhan Mahasiswa UMS ke Kampung Halaman

PENANGGUHAN MAHASISWA UMS PULANG KE KAMPUNG HALAMAN

 

Berhubung dengan notis yang telah dikeluarkan oleh pihak UMS berkenaan proses pergerakan pulang pelajar UMS ke kampung halaman masing-masing. Pihak Suara Mahasiswa berpendapat ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semula.

1) Pada tanggal 24 April dalam sidang media menteri kanan (keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyelaraskan pergerakan pulang pelajar bermula pada 27 April 2020. Hal ini demikian kerana kerajaan telah bersetuju dengan SOP yang telah dimohon oleh KPT bagi penghantaran pulang pelajar IPTA/IPTS seluruh negara melalui SOP yang telah dibuat.

2) Pelajar tidak mempunyai kepentingan dan keperluan yang lebih utama pada ketika ini untuk kekal tinggal di kolej universiti atau rumah sewa apatah lagi SOP kerajaan telah diluluskan untuk penghantaran pulang pelajar yang masih terkandas. Keperluan pelajar bersama keluarga pada masa ini lebih diutamakan daripada terus berada di kampus, lebih-lebih lagi apabila SOP berkenaan telah diluluskan.

3) Pelaksanaan SOP yang ketat telah diberi perhatian kepada semua unit sama ada di peringkat pengajian tinggi, unit keselamatan dan unit kesihatan negara bagi mengurus perjalanan pulang pelajar dengan teratur dan kemas. Pergerakan pulang telah pun diatur bagi Universiti IPTA/IPTS di semenanjung malah pelajar dari negeri Borneo yang belajar di semenanjung akan diterbangkan ke negeri Borneo dalam masa terdekat.

4) Pergerakan pulang ke daerah dalam negeri sepatutnya sudah boleh dijalankan kerana menurut statistik terkini negeri Sabah, terdapat 3 buah daerah sahaja yang menghadapi zone merah (merbahaya). Namun bergitu di daerah lain telah pun mengalami pemulihan. Walaupun masih berada di dalam zone kuning namun statistik kes positif yang berlaku bukanlah kes yang terbaharu. Selain itu kerajaan telah mempersetujui dan menyusun perjalan pulang akan di lakukan berperingkat.

5) Saranan untuk mengkuarantinkan lagi pelajar selama 14 hari sebelum dihantar pulang adalah SANGAT TIDAK RELEVEN. Hal ini kerana pelajar sebenarnya telah pun dikuarantin melebihi 30 hari di dalam rumah kediaman dan sewa masing-masing. Keadaan ini menunjukkan agak sukar untuk seorang mahasiswa boleh berada dalam positif Covid19 tambahan lagi SOP perjalanan pulang telah diperketatkan.

6) Adalah lebih wajar untuk mahasiswa dikuarantin sewaktu selepas sampai ke kampung halaman masing-masing mengikut SOP kuarantin yang ditetapkan. Hal ini kerana dikhuatiri ada risiko jangkitan sepanjang perjalanan pulang kampung.

7) Seandainya pelajar IPTA dan IPTS dalam negeri disekat untuk keluar daripada kampus masing2 dan bergerak, persoalannya mengapa pelajar dari negerj Borneo yang belajar di semenanjung dibenarkan pulang ke negeri Borneo? Sepatutnya kebenaran pergerakan mereka perlu diperketatkan lagi kerana besar kemungkinan mereka ramai daripada zone merah.

Diharapkan pihak UMS dan JKNS boleh mempertimbangkan semula penangguhan pulang mahasiswa ke kampung halaman. Kita yakin dengan sop perjalanan yang ketat seperti yang dilaksanakan oleh IPTA lain mampu menghentikan penularan COVID19 ini.

Suara Mahasiswa UMS

LEAVE A RESPONSE