Imran Tuah – Hidupkan Bazar Ramadhan Versi Maya

Kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan berlanjutan sehingga bulan Mei atau mungkin, lebih lama. Ianya adalah tempoh masa yang diperlukan untuk putuskan rangkaian jangkitan virus Covid-19.
.
Umum sedia maklum, bulan Ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi para peniaga, hal ini mendatangkan kerisauan buat mereka kerana Bazar Ramadhan barangkali mungkin tidak dapat beroperasi di sesetengah tempat, atau seluruh negara. Baru-baru Ini, Kerajaan Negeri Sembilan juga kedengaran telah mengumumkan untuk tidak menganjurkan sebarang bazar Ramadan pada tahun ini.
.
Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mengambil perhatian berkenaan keputusan ini.
Pihak Kerajaan dan PBT boleh membantu para peniaga bazar untuk terus berniaga dari rumah atau premis masing-masing secara atas talian (online).
.
Kerajaan dan pihak PBT boleh membina platform laman sosial lokal seperti Facebook, Instagram untuk membantu para peniaga Bazar Ramadhan di daerah, bandar, pekan, desa bagi mempromosikan produk makanan, minuman, kuih muih dan berbagai lagi jenis yang boleh dijual.
.
Ada beberapa alternatif yang boleh membantu peniaga bazar Ramadhan merancakkan aktiviti ekonomi mereka. Peniaga boleh gunakan khidmat Grab Food atau Food Panda atau seumpamanya. Saya percaya beribu peniaga bazar Ramadhan dan penghantar khidmat makanan ‘food-delivery riders’ (full time dan part-time) akan dapat menjana pendapatan tambahan.
.
Peniaga sendiri juga patut bersedia dari saat sekarang, tidak perlu tunggu inisiatif dari kerajaan sendiri. Fikirkan cara untuk mempromosi makanan atau juadah melalui online atau media sosial.
.
Peniaga juga boleh mengusahakan perkhidmatan penghantaran rumah ke rumah, membayar upah pekerja. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Mereka juga boleh cuba untuk membina perisian atau aplikasi sendiri bagi peniaga yang mempunyai sumber modal mencukupi. Atau apa saja cara yang boleh difikirkan bersesuaian.
.
Kita sudah tentu tidak mahu wabak Covid-19 menular dengan lebih serius dan kemudian tenat. Jadi, kita perlu patuh akan perintah kerajaan untuk bersama-sama membasmi rangkaian Covid-19 secara TOTAL.
.
Ramadhan tanpa bazar masih ‘okay’ sebab tak perlu bazar untuk hidupkan Ramadhan. Tapi jangan jadikan Ramadhan kita tanpa amalan, sebab tak hidup Ramadhan kita tanpa amalan.

#KitaJagaKita

 

Imran Tuah

Ketua Sayap Mahasiswa AGRA merangkap Naib Presiden (SISWA) AGRA

Leave a Reply