Haikal Zulkefli – NGO Perlu Diberi Peluang Membantu Masyarakat

NGO PERLU DIBERI PELUANG MEMBANTU MASYARAKAT

OLEH: HAIKAL ZULKEFLI (AKTIVIS SOSIAL)

Seusai sahaja sidang media oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, ramai di kalangan wakil wakil NGO yang menyuarakan rasa kurang senang dengan pernyataan tersebut.

Ya, mana mungkin kerajaan boleh mengenepikan NGO yang ingin bersama sama membantu masyarakat dalam menghadapi penularan wabak Covid-19.

Pendapat saya, ada yang aku setuju, ada juga yang saya kurang bersetuju. Saya setuju langkah yang diambil adalah kerana:

1. Peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas sukarelawan
2. Mengehadkan pergerakan untuk menyekat wabak

 

Apa yang perlu kita tahu kerajaan mungkin tak mampu untuk perhatikan setiap seorang untuk memastikan siapa yang positif atau tidak. Jadi ini mungkin langkah yang adil untuk semua dengan hanya membiarkan petugas kerajaan yang dibenarkan untuk mengagihkan bantuan.

Apa yang saya kurang setuju pula sebab:

NGO adalah ‘third party’ antara masyarakat dan kerajaan tanpa melibatkan kepentingan individu
2. NGO lebih dekat dengan masyarakat bawahan berbanding ahli politik yang eksklusif
3. NGO tidak memilih bulu
4. NGO mampu untuk meluaskan capaian hingga masyarakat bawahan.

 

Mungkin Kerajaan tak perlu menyekat NGO untuk memberi bantuan, tapi perlunya satu langkah baru seperti:

Mengehadkan bilangan petugas di bawah setiap NGO
2. Perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk direkodkan keberadaan mereka
3. Adakan satu pos khas untuk saringan petugas sukarelawan yang berkhidmat.
4. Keluarkan jadual supaya NGO NGO yang membantu tidak berada dalam satu tempat. Sebagai contoh harini NGO A, esok NGO B.

 

Saya faham akan langkah kerajaan yang diambil tetapi jangan pula mengenepikan peranan NGO yang sentiasa bergelumang dengan masyarakat.

Jika kerajaan tidak dapat selesaikan dengan baik, maka mungkin kita hilang kelompangan dalam bakti masyarakat.

Untuk NGO yang berkhidmat, terus menebar kebaikan. Ada ramai yang tak mampu untuk lakukan seperti kalian. Tetapi dalam membantu jangan pula memudaratkan. Patuhi arahan semasa. In shaa Allah #kitajagakita. Dan berdoa pada Allah supaya #Allahjagakita.

Hanya memberi pendapat dan solusi. Tiada yang betul tiada salah. Cuma perlu dipertimbangkan.

Leave a Reply