Pandangan

Firzan Hakimi : NAJIS RASUAH YANG TAKKAN PUDAR

Rasuah, tanggungjawab siapa?

Rasuah sering kali dikaitkan dengan mereka yang mempunyai kuasa seperti ahli politik mahupun pegawai tinggi kerajaan. Jika kita lihat pada laporan Transparency International’s Malaysia Corruption Barometer Survey pada tahun 2014 mendapati bahawa parti politik merupakan institusi paling kerap menghadapi dakwaan salah guna kuasa iaitu terlibat dengan rasuah, kemudian diikuti dengan pihak polis dan civil servants.

Melalui kajian ini, masyarakat sepatutnya tidak melihat kesemua ahli politik sebagai individu yang mempunyai integriti atau ketelusan dalam menjalankan amanah rakyat kerana kuasa dan tanggungjawab boleh melalaikan seseorang yang asalnya bermoral kepada individu yang zalim dan mengkhianati janji.

Berdasarkan statistic

kpenangkapan SPRM pada tahun 2015, hanya 2 sahaja ahli politik yang ditahan daripada 670 individu lain.

Ianya satu laporan dan tindakan yang mencurigakan dan harus disemak semula kerana hampir kesemua individu yang ditahan merupakan pegawai kerajaan dan rakyat marhaen. Ianya lebih parah apabila laporan tersebut tidak dilaporkan kepada pihak media.

Disamping banyak kezaliman dan ketidak adilan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, SPRM perlu tegas dalam membasmi masalah rasuah dan komited untuk terus melakukan siasatan kepada mana mana individu gentar dan bersikap bias terhadap mana mana pihak berkepentingan.

Tiada sesiapa yang melebihi daripada undang undang! SPRM perlu memastikan setiap kes berprofil tinggi termasuk penggubahan wang haram. Jika terdapat pihak yang disyaki terlibat dan disertakan bukti yang kukuh, they should be brought to the court of law. Sebagai pegawai kerajaan, mereka tidak boleh menghalang ahli politik daripada mencampuri tugas dan tanggungjawab mereka tetapi mereka boleh cuba untuk tidak melayan apa yang dituntut. Di sini lah kekuatan moral kita sebagai rakyat biasa akan di uji dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM juga akan dinilai.

Kebanyakkan daripada kita tidak menyedari bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan terhadap kes kes rasuah, kerana tugas tersebut hanya boleh diputuskan oleh Peguam Negara. SPRM hanya boleh melakukan siasatan dan menyerahkan kesemua maklumat kepada pejabat Peguam Negara.

Tetapi tugas kita sebagai rakyat biasa selain menyokong pihak SPRM, ialah turut membantu pihak SPRM jika kita mempunyai maklumat penting kerana secara tidak langsung mengukuhkan lagi bukti sedia ada.

Skandal yang melibatkan Bank Rakyat dan wang bernilai 115 million ringgit milik kerajaan negeri Sabah menggambarkan bahawa perlunya kita mempunyai satu mekanisme yang kukuh terutamanya ketika fasa rundingan.

Many GLC chief executive officers and directors were arrested by MACC for abuse of power and corruption.
Corruption is a symptom of poor governance. Kaji semula bagaimana rasuah boleh menghancurkan institusi kerajaan, menjejaskan nilai moral dan etika individu dan melemahkan kestabilan ekonomi.

Let us support MACC in its war against the corrupt.

Mohamad Firzan Hakimi Bin Zulpakar
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Mahasiswan Keadilan Malaysia 19/20

LEAVE A RESPONSE