Hutan Konkrit oleh Syahirah M

 

Selamat datang ke hutan konkrit,
Disini tiada cengal atau sawit,
Hanya habitat marhaen dan sosialit,
Dalam susun atur pencakar langit.

 

Selamat datang ke hutan konkrit,
‘Epifit’ dan ‘parasit’ bersaing sengit,
Mahu terus hidup cari ringgit,
Seawal 4 pagi sudah bangkit.

 

Selamat datang ke hutan konkrit,
Frustasi dan depresi liar melilit,
Tampak senang jiwanya menjerit,
Cuba cari tenang dalam ruang sempit.

Selamat datang ke hutan konkrit,
Ruang singgah buat sementara,
Laungan transformasi nyaring membingit,
Harapan palsu manifesto semata.

Leave a Reply