[SOLIDARITI BUAT MMU & UTM MENGENAI ISU KENAIKAN YURAN]

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan yuran secara mendadak sebanyak 300% oleh pentadbiran MMU kepada mahasiswa MMU. Alasan yang dikemukakan oleh pentadbiran MMU adalah untuk meningkatkan kualiti aktiviti pelajar.

Satu bantahan juga telah dilakukan kepada pentadbiran oleh Presiden Perwakilan Pelajar MMU berkenaan kenaikan yuran yang terlalu mendadak ini. Walaubagaimanapun, beliau telah diugut oleh pentadbiran MMU untuk memadam segala posting dan berita mengenai kenaikan yuran di akaun Facebook beliau.

Sebelum kejadian ini berlaku, UTM menghadapi situasi yang sama iaitu kenaikan harga yuran yang melampau dan sekaligus membebankan mahasiswa.
Umum mengetahui bahawa kenaikan yuran yang dikenakan oleh pihak universiti adalah ditetapkan oleh pentadbiran universiti itu sendiri.

Walaubagaimanapun, terdapat unsur-unsur penganiyaan secara jelas oleh pihak universiti terhadap mahasiswa.
Mahasiswa kini jelas loya dan kecewa dengan pentadbiran universiti kerana perbincangan lanjut tidak dilakukan oleh pihak-pihak pentadbiran kepada mahasiswa dan hanyan mengeluarkan alasan yang sangat tidak munasabah. Ini adalah penindasan yang terang lagi bersuluh dikenakan oleh pihak universiti.

Apa yang lebih menjijikkan adalah terdapat pihak-pihak daripada pentadbiran universiti yang mengugut para mahasiswa untuk menutup mulut mengenai kenaikan yuran secara membabi buta ini. Kita sedia maklum bahawa yuran yang dikenakan oleh pihak universiti telah diatur perbelanjaannya secara teliti oleh mahasiswa.

Mahasiswa pada masa kini terpaksa mengikat perut bagi memastikan yuran mereka mampu dibayar dan juga keperluan harian serta keperluan belajar mampu dibeli mengunakan wang PTPTN. Ini sekaligus menganggu pengurusan kewangan mahasiswa dan menyebabkan mahasiswa terdesak untuk memenuhi keperluan seharian terutamanya kepada mahasiswa yang jauh dan kurang berkemampuan.

Adakah pentadbiran meneliti semua ini? Atau pentadbiran hanya wujud untuk menjadi asbab kezaliman kepada mahasiswa?

Pihak-pihak ini harus sentiasa ditekan bagi memastikan mereka tidak selesa dalam mengatur agenda-agenda yang menyusahkan dan menindas mahasiswa.

Oleh itu, kami daripada Nadi Mahasiswa Malaysia mengajak konco-konco Mahasiswa untuk bersolidariti buat MMU dan UTM mengenai kenaikan yuran secra menggila tanpa ada sebab yang munasabah.Apabila usul ditolak tanpa ditimbang, Suara dibungkam kritik tanpa alasan, dituduh subversif dan mengganggu keamanan.

Maka hanya ada satu kata: Lawan! -Wiji Thukul-

Move Forward Pouria Zibaei!

Nadzmi Zamri
Nadi Mahasiswa Malaysia

Leave a Reply