Bantahan Sistem Baru Penempatan UKM

1. Setiap kali pada hujung tahun semester keputusan yang menganggu pelajar adalah pasti mengenai isu penempatankolej.Pada 25 Mei 2019,keputusan berkenaan ‘siapa dapat’ ‘ siapa tidak dapat’ penempatan menjadi persoalan setiap pelajar atau digelar ‘Question of the day’. Menjadi kegelisahan berat apabila ada aduan pelajar-pelajar tidak dapat mengekalkan status penempatan mereka di kolej semasa. Isunya adalah pengenalan sistem baru yang memangsakan ramai pelajar. Kalau tiada angin, masakan pokok tidak bergoyang.

2. Di bawah sistem baru ini, mungkin ada yang tahu dan tidak tahu lagi tetapi ini yang telah dikenalpasti oleh rata-rata pelajar. Kita gelarkan saja implementasi di bawah sistem baru berkenaan penempatan kolej ini dengan nama ‘sistem baru’ yang tidak kita kenalpasti apakah perbincangan atau keputusan di bawah sistem yang pentadbiran guna pakai sekarang, tetapi inilah yang memangsakan pelajar yang tidak mendapat kolej.

3. Pertama sekali, apa sahaja sistem baru/dasar/penguatkuasaan dasar harusnya secara rasmi dikeluarkan dalam bentuk pekeliling. Di sini, kita berkata berkenaan Rule of Law. Tegasnya di sini, pentadbiran kolej tidak sepatutnya mencipta undang-undang/peraturan baru dan mengarah pelajar mematuhinya jika tiada perbincangan melibatkan suara pelajar. Kami menganggap, terdapat kelemahan dalam proses implementasi yang perlu ditekankan.

4. ‘Pekeliling’ baru sepatutnya tidak seharusnya dikuatkasa serta merta. Kami merasakan bahawa peraturan baru ini perlu dilaksanakan pada semester/sesi AKAN DATANG. Dengan cara ini, kami percaya pelajar mempunyai masa untuk bersedia. Tidak ada seorang pun dalam fikiran akan menyangkakan terdapat 2 peraturan baru dalam satu masa. Bukan sahaja mengelirukan, bahkan ini salah sekali. Ini menyebabkan kekeliruan dasar yang pentadbiran gunapakai bagi kami.

5. Kami berpegang kepada sebarang perubahan perlu melalui transisi yang perlahan untuk ianya menjadi rasmi. Kemudian, justifikasi imperikal daripada kolej. Berapakah jumlah sebenar penginapan kolej? Berapakah kuota bagi golongan B40? Bagaimana dengan pelajar tahun 1? Berapakah kuota yang disediakan kepada mereka? Dan berapa kuota yang tinggal bagi pelajar lain untuk bersaing bagi mendapatkan penginapann kolej? Apakah penilaian bagi kriteria? Semua ini adalah maklumat penting bagi kami sebagai pelajar. Kami merasa, ini adalah tidak adil sekiranya maklumat ini tidak dimaklumkan dan didiamkan daripada kami.

6. Tambahan lagi, perincian bagi maklumat perlu ditunjukkan kepada semua pelajar berkenaan kuota-kuota ini. Dengan itu, pelajar maklum bahawa impelentasi ini dijalankan dngan cara yang telus, bukan manipulasi. Sekarang, persoalan besarnya adalah di mana ‘Pekeliling’ berkenaan sistem baru ini? Kenapa tiada justifikasi yang jelas berkenaan tawaran penginapan? Mengapa peraturan/undang-undang baru ini secara tiba-tiba digunapakai tanpa penjelasan? Dan mengapa pula secara tiba-tiba sistem baru ini dilaksanakan dengan segera? Di mana cara demokratik dalam hal penting sebegini? Bagaimana dengan hak kami? Kerja keras pelajar-pelajar, mengumpul merit?

7. Kepada pelajar-pelajar yang tidak mendapatkan penempatan, ingin kami sarankan untuk menyemak semula pada pentadbiran kolej dan lakukan aduan jika anda merasakan terdapat unsur diskriminasi. Misalnya, pelajar A dan B mempunyai pencapaian yang sama, kelas ekonomi yang sama, tetapi pelajar A mendapat kolej tetapi pelajar B tidak. Sebelum itu, pastikan pelajar mempunyai bukti kukuh dan hujah yang kuat.

8. Apa yang ingin kami tekankan disini, kebanyakan pelajar terkejut bahawa merit bukan lagi syarat untuk tinggal di kolej dan lebih dikesali pelajar yang aktif juga dibuang/ tidak mendapat kolej.

9. Kami sebagai pelajar UKM, menuntut agar pentadbiran kolej untuk menggunakan semula sistem merit sebagai penilaian bagi penempatan kolej dan menagguh perlaksanaan sistem yang dikatakan memberi laluan kepada B20 yang heboh di sosial media.

10. Ini adalah hak pelajar untk mengemukakan pandangan, pelajar berkata begini kerana ini hak kami.

Republican UKM Demokrat UKM

#KamiRepublican
#RepublicMahasiswa
#HentikanPenindasanKepadaMahasiswa

Leave a Reply