Sekolah Alternatif Tawau dibangunkan untuk anak-anak yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan formal lantaran kemiskinan dan masalah dokumen pengenalan diri. Maka, mereka hanya mengisi masa kanak-kanak mereka dengan berkeliaran di tepi jalan, bermain-main tanpa arah tujuan, malahan lebih teruk ada yang dipergunakan sebagai buruh dan terpaksa bekerja di awal usia.

Kami merupakan sebuah organisasi mahasiswa-anak muda yang sedar bahawa pendidikan penting sebagai alat perubahan bangsa.

Kita bina sekolah untuk mereka, kita beri pendidikan percuma untuk anak-anak ini. Sekarang, mereka tersenyum dan riang gembira ke sekolah dan mula belajar asas menulis, membaca dan mengira. Walaupun sekolah ini berjalan cuma di garaj kereta yang berlapikkan banner terpakai sumbangan orang awam, pasir dan berdebu, tanpa kipas dan kerusi meja, mereka tidak kisah. Kerana akhirnya, anak-anak ini dapat merasa, apakah perasaannya belajar di dalam ‘sekolah berupa garaj’ bersama rakan-rakan sebaya.

Pun begitu, tidakkah kita terfikir bahawa mereka sebenarnya lebih layak untuk mendapat pendidikan yang lebih bagus dan kondusif?

Kami perlukan bantuan kewangan anda untuk pendidikan anak-anak ini.

Berapa kos yang diperlukan?

RM 51,000 kos tahun 2019. Kos ini merangkumi kos operasi, bayaran elaun guru sukarelawan, kelengkapan sekolah, pengurusan dan pendidikan anak-anak.

Kena sumbangkan kos keseluruhan kah?

Tidak semestinya, kami perlukan sebanyak mana yang anda boleh beri hatta RM10 pun.

Apa lagi yang boleh dilakukan selain sumbangan kewangan?

Mohon bantuan untuk menyebarkan mesej ini. Maklumkan kepada keluarga dan kawan-kawan

Sampai bila sumbangan ini dibuka?

Sehingga jumlah kos yang diperlukan mencukupi. Kami akan maklumkan dari masa ke semasa jumlah kutipan.

Bank in sumbangan anda dan maklumkan kepada kami untuk tujuan pengrekodan.

1211 30100 67737 – Prakarsa Alternatif

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Terima kasih di atas perhatian kalian.

014 858 3380 Mukmin | 011 3989 8423 Shakila | 019 228 2796 Ainina

[email protected]

Leave a Reply