Hafiz – Isu Pengagihan Wang Pinjaman YPJ yang Lambat

Saya baru saja dimaklumkan beberapa perkara oleh pegawai khas YB Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Johor.

  1. Pihak Yayasan Pelajaran Johor “baru” sahaja memuatnaik sistem pemberian maklumat secara digital dan atas talian .
  2. Pihak YPJ “akan” meminta pihak Universiti menyerahkan keputusan pelajar kepada YPJ. Satu perkembangan yang baik.
  3. Saya juga dimaklumkan berkenaan prosedur pengagihan wang yang “biasa” dilaksanakan iaitu, Pihak YPJ akan menyerahkan kepada pihak Universiti, dan Pihak Universiti akan mengagihkan kepada pelajar.
  4. Saya juga dimaklumkan bahawa sistem pengagihan yang baru adalah 21 hari bekerja (paling lewat) dan 14 hari bekerja (paling awal) .
  5. Saya turut dimaklumkan pihak YPJ akan “menghubungi” saya dan ingin “berjumpa” .

Proses pengagihan ini masih memakan masa terlalu lama . Saya tetap menggesa agar pihak YPJ mempercepatkan proses kepada sekurang-kurangnya 7 hari bekerja.


Saya berharap agar pihak YPJ mempertimbang cadangan saya ini.
Saya telah menerangkan secara terperinci berkenaan kesannya dalam artikel dan surat rasmi saya sebelum ini. Saya juga amat terbuka menunggu sebarang panggilan dan jemputan dari pihak YPJ untuk sebarang perbincangan atau cadangan penambahbaikkan dari pihak mahasiswa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang memberi respon baik dan tindakkan terhadap isu yang dibangkit ini.

Hafizuddin Hasan

Mahasiswa UTHM

Leave a Reply