Oleh: Sabir Syarifuddin 
kau mahu jadi apa sarjana muda?
adakah akan kekal sehingga dimakan usia
lalu menjadi sarjana tua?
kau mahu jadi apa?
sarjana muda bagaimana ?
sarjana punya wibawa?
sarjana punya cita ?
atau sarjana yang gila?
gila harta
gila nama
gila kasta
atau kegilaan mana lengkap dengan SARJANA?
sarjana mula memikirkan
sarjana apa punca sarjana
sarjana juga mula memikirkan
sarjana apa selepas sarjana
sarjana sebelum sarjana
menjadi sarjan di mana-mana
sarjana selepas sarjana
menjadi hutan disemak saja
sarjana sekarang sarjana
menjadi badut memimpin dunia
Sarjana kali ini mahu jadi sarjana yang bagaimana?
Sarjana muda?
Oh sarjana muda!
hentikan angan jeninmu
melangkahlah dengan rasa
rasa yang semacam secukup
sedap!
nikmat!
bitin!
dicari di merata-rata
Sarjana muda oh sarjana muda. Tahniah!
Sabir
11.12.2018
BK