SEKTOR KESIHATAN TERUS DIMARTABAT

Bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera, Kerajaan Pakatan Harapan buat pertama kalinya telah membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat. Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah menyediakan Belanjawan 2019 dengan peruntukan berjumlah RM 314.5 billion iaitu RM 259.8 bagi perbelanjaan mengurus dan RM 54.7 billion bagi perbelanjaan pembangunan.

Kesihatan merupakan salah satu sektor yang sangat dititik beratkan oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan dengan ungkapan ‘Peduli Sihat’ yang sering diwar-warkan. Belanjawan 2019 telah menyediakan RM 26.7 billion dengan kenaikan sebanyak 7.88% termasuk RM 10.8 bilion bagi membaik pulih klinik dan hospital serta bagi tujuan pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan. Kenaikan ini adalah tertinggi pernah diterima Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang sejarah belanjawan negara. Ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya kepada penduduk di kawasan luar bandar dan golongan miskin bandar.

Saya selaku Ketua Biro Sains dan Kesihatan melalui Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), telah menyatakan sokongan mereka dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada YB Lim Guan Eng kerana mampu menyediakan bajet yang besar untuk kemudahan kesihatan kepada rakyat Malaysia walaupun negara kini berada dalam krisis hutang negara yang besar.

Pihak MKM juga menyokong Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan bagi golongan B40 yang berumur 50 tahun keatas melibatkan sejumlah 800,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM 100 juta. Skim seperti ini dilihat perlu kerana golongan B40 kurang berkemampuan untuk menjalani ujian saringan asas kesihatan di Klinik dan Hospital swasta yang kosnya jauh lebih mahal dan membebankan mereka. Saringan kesihatan ini merangkumi ujian (NCDs-Kencing Manis, Darah Tinggi, Hyperlipidemia dan lain-lain, ini perlu bagi memastikan golongan ini terus dipastikan tahap kualiti kesihatan mereka berasa ditahap yang terbaik.

Saya juga telah menyatakan sokongan bahawa dalam rawatan kepada penyakit yang pelik (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dikalangan kanak-kanak dan menyediakan saringan dan pelaksanaa rawatan haemodialysis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) dengan peruntukan sebanyak RM 50 juta.

Wanita sebagai tiang negara, Kerajaan Pakatan Harapan dalam belanjawan ini meneruskan program saringan pengesanan kanser payudara (mammogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pop Smear di hospital dan klinik kerajaan, MKM memperlihatkan kemudahan yang disediakan kepada wanita dalam Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan ini memartabatkan kaum ibu sebagai tiang negara.

Mahasiswa Keadilan Malaysia turut menghargai hasrat kerajaan untuk memperkenalkan duti eksaisis mulai 1 April 2019 pada kadar 40 sen per liter untuk minuman bergula dengan beberapa ketagori seperti yang di syorkan dalam belanjawan 2019. Bagi pihak MKM ini merupakan satu langkah yang terbaik kerana kajian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukan bahawa hampir 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Selain itu, MKM juga telah mencadangkan syor larangan merokok untuk dilaksanakan sebelum ini, setelah pengumuman belanjawan 2019 kerajaan akan menguatkuasakan larangan merokok ditempat awam melibat semua restoren atau kedai makan diseluruh negara akan bermula 1 Januari 2019. Ini memberikan gambaran jelas bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa mendengar suara mahasiswa demi kebaikan negara.

Saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk memperluaskan skop Perlindungan Kesihatan kepada golongan M40 yang terdiri daripada majoriti rakyat Malaysia. Kesemua ini akan memberi impak yang sangat mendalam kepada rakyat Malaysia untuk terus berada dalam tahap kesihatan yang terbaik, secara tidak langsung ianya memberi kesan kepada kualiti kehidupan dan ekonomi rakyat Malaysia.

 

Arshad Ali

Ketua Biro Sains dan Kesihatan Mahasiswa Keadilan Malaysia

Leave a Reply