Aku ingin menjual idea. Ini baru idea asas.

1. Usai acara tadi, beberapa orang daripada kami menyambung diskusi di kedai kopi. Aku bertanya hal-hal struktural tentang bagaimana serikat buruh di Indonesia boleh beroperasi dengan baik.

2. Setelah mendengar perkongsian aktivis buruh Indonesia saudari Sherr Rin, aku fikir mahu menubuhkan koperasi mahasiswa di Kuala Lumpur/Selangor.

3. Koperasi ini akan melakukan beberapa advokasi kepada masyarakat dan mahasiswa seperti;

i) Mengadakan tuisyen percuma untuk yang memerlukan
ii) Mengadakan kursus untuk mahasiswa dan masyarakat miskin bandar untuk menambah pendapatan
iii) Membantu mahasiswa “mendesak” universiti sekiranya berlaku musibah
iv) Melakukan advokasi masyarakat — fokus pada isu miskin bandar
v) Ahli yang tahu selok belok koperasi atau NGO. Supaya tabung koperasi akan transparent dan dipercayai.

4. Jika ada koperasi ini — mahasiswa boleh menyumbang kepada masyarakat tanpa terlalu bergantung pada dana awam atau parti-parti politik.

Penting mahasiswa membela masyarakat. Golongan intelek – mahasiswa – masyarakat seharusnya tidak terpisah.

5. Untuk permulaan, aku memerlukan beberapa hal;

i) 3-5 orang untuk menjadi penggerak utama

ii) Sebuah premis sewa di kawasan KL atau Selangot.

Kalau boleh sewa premis ini tidak terlalu mahal dan dekat dengan pengangkutan awam.

iii) Ahli koperasi yang sanggup membayar yuran setiap bulan;

– RM 5-10 (mahasiswa)
– RM 10-50 (bekerja)

6. Fikiran aku fikir sampai tahap koperasi ini boleh bayar gaji pekerja untuk mengendalikan koperasi ini.

Mohon rakan-rakan kongsikan idea ini dengan rakan-rakan yang difikirkan sesuai.

Aku boleh menerangkan secara berhadapan, di sekitar KL atau Selangor jika ada yang benar-benar berminat untuk membeli idea ini.

Boleh hubungi aku;
[email protected]
016-4730234

Leave a Reply