Rahman – Persatuan agama ada kepentinganya di kampus

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

1. Berkorban, bermaafan – anda boleh dapati intipati hari raya korban ini pada ucapan-ucapan aidiladha yang lain.

2. Saya ingin menyentuh aspek kepentingan jemaah/persatuan Islam di kampus.

3. Pada pandangan saya, persatuan Islam mempunyai kelebihan yang besar dalam mengkader ahli baharu.

4. Semangat Islam, bangsa dan kenegerian merupakan dogma yang kuat dalam menarik ahli. Ia bukanlah sesuatu yang semestinya negatif.

5. Semoga persatuan agama yang wujud di kampus dapat memandu ahli mereka untuk menjadi tauladan buat siswa yang lain.

6. Hal ini penting kerana sejak akhir-akhir ini semacam ada satu gerakan Islam yang bersifat bengis dan ekstrim.

7. Kita harus tegas dalam soal akidah, tapi memahami sasaran dakwah (mad’u) juga merupakan hal yang tidak boleh dipandang remeh.

8. Semoga persatuan agama di kampus akan terus relevan, menjadi contoh dan terbuka untuk kerjasama.

Rahman Imuda
Ketua Editor,
Nadisiswa.

Leave a Reply