Rahman – PTPTN yang ditangguh mungkin akan dikenakan ujrah

Macam yang aku tulis semalam, kadar ujrah PTPTN ini amat menyusahkan peminjam.

Aku baru dihubungi seseorang – katanya sepanjang tempoh penangguhan PTPTN (untuk mencapai gaji RM4,000) kadar ujrah akan dikenakan.

Contoh mudah macam ni;

Pinjam RM 28,000

1% daripada RM 28,000 = RM 280

Biasanya pinjaman seperti ini akan menggunakan kontrak 15 tahun.

Ujrahnya = RM 4,200

Pinjaman + Ujrah = RM 32,200

Untuk mencapai gaji RM 4000, jika permulaan gaji adalah RM 2000 pastinya akan memgambil masa yang panjang. Jika naik RM200 setahun pun dah perlukan 10 tahun.

Jika dia tangguh 10 tahun untuk bayar PTPTN, hutangnya akan bertambah;

Pinjaman + Ujrah Kontrak + Ujrah Tangguh;

RM 28,000 + RM 4,200 + RM 2,800

= RM 35,000

Bahasa mudahnya – setiap tahun daripada pengangguhan peminjam kena bayar RM 280 (jika dia pinjam 28k). Ramai yang meminjam lebih banyak.

Leave a Reply