Bagaimana kami hendak merentas parti seandainya senior PMIUM yang bersama PAS sendiri tidak mahu kepada kami? Bukti? Senior PMIUM yang non-partisan dan PH rata-rata masih mencari tahu khabar adik-adik di kampus, tetapi senior yang daripada PAS? Oh sebab PMIUM bukan lagi tunggangan PAS maka mereka tidak mahu peduli hal adik-adik di kampus.

Sekali lagi kita menegaskan, PMIUM sepenuhnya merentas parti. Baik daripada UMNO, PH, DAP, PAS, PSM, bila mereka ini lahir daripada rahim tarbiah PMIUM, kami bersedia memanjangkan hubungan ukhwah. Hanya kalian sahaja yang melihat PMIUM ini kenderaan tunggangan parti kalian.

PMIUM sahaja lah wadah yang tinggal untuk himpunkan pelbagai ideologi kepartian agar bersatu di bawah jenama mahasiswa Islam yang tulen, tetapi sekali lagi, kita masih mencelup masuk idea kepartian dalam PMIUM ini.

Semua tahu dan sedar bahawa selama ini PMIUM ditunggang dengan baik oleh PAS sebagai sayap perkaderan mereka di kampus. Boleh jadi perpecahan ini juga strategi untuk PH merampas dan menggunakan pula PMIUM. Tetapi malang sekali, kami di kampus tidak akan membenarkan itu berlaku.

Kita bersedia membina jaringan dengan sesiapa sahaja kerana itu lah tuntutan ukhwah yang sebenar, namun kita tidak akan sekali-kali membiarkan PMIUM terhad semula kepada satu jalur kepartian sahaja.

Kita sentiasa membuka keahlian daripada siapa pun di Universiti Malaya ini untuk membina kembali PMIUM bersama, sayangnya ada sesetengah pihak masih berdegil dan berkeras mahu jadikan PMIUM ini milik parti mereka. Saya memohon ampun kepada Allah atas kekasaran bahasa saya. Namun, ini lah hakikatnya.

Saya ingin memberi amaran kepada para senior PMIUM terutamanya, anda daripada BN, atau PAS, atau PH, kami bukan milik anda! Kami milik MAHASISWA.

#PMIUMMerentasZaman
#PMIUMMerentasParti

Leave a Reply