Mukmin Nantang merupakan aktivis mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

Matinya pergerakan mahasiswa ada dua sebab penting iaitu tanggungjawab dan disiplin. Jawatan itu diamanahkan untuk ditanggungjawabkan bukan jadi berhala buntu dan kaku.

Kalau tidak mampu lagi bertanggungjawab sila lepaskan dan serahkan kepada generasi seterusnya. Perjuangan yang dibangunkan itu dengan penat dan tangis. Jangan dibiar mati dengan banyak alasan.

Soal disiplin ini soal penting. Kalau kalian yang memegang apa pun jawatan tidak disiplin bagaimana mahu mendidik ahli biasa atau menjadi bukti kerja oleh orang yang melihat di luar sana.

Jadi diatas itu jangan enak-enak saja. Dalam kesenangan kalian telah menindas rakan organisasi yang lain. Memang enak di atas?
Malu sepatutnya!

Tiada paksaan. Tidak boleh bertanggungjawab tidak boleh berdisiplin sila lepaskan jawatan serah kepada adik-adik baru. Kesian masyarakat diluar tidak terbela sedang kalian asyik bergembira menikmati jadi orang besar.

Tolong, bangkit semula atau lepaskan dan jadi pendokong dari luar saja. Kesian masyarakat. Kesian masyarakat. Kesian masyarakat tidak terbela!

Hancur pergerakan mahasiswa Malaysia kerana tidak bertanggungjawab dan disiplinnya kepimpinan yang diamanahkan.

Membina dan membangunkan semula gerakan mahasiswa selepas kejatuhan itu sakit. Aku tidak mahu generasi akan datang melewati detik itu.

Leave a Reply