Aktivis PMIUM – Pesta Demokrasi Bermula

Pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia pada 7 April 2018 telah lama dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Pembubaran ini bermakna kita sudah tiada kerajaan. Menteri-menteri termasuklah Perdana Menteri semuanya sudah hilang kuasa. Gelaran-gelaran YB juga tiada. Jawatan-jawatan dalam kerajaan sebelum ini akan diperbaharui . Dan kita yang berhak memilih. SPR akan tentukan bila tarikh pilihanraya. Tetapi kuasa memilih ada ditangan kita.

Kita sebagai rakyat Malaysia ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan untuk mengundi pimpinan-pimpinan yang akan menjaga Malaysia dan menjaga kebajikan rakyat untuk tempoh 5 tahun akan datang. Pilihlah pemimpin yang sanggup bekerja untuk rakyat, yang rajin datang ke parlimen, yang bersungguh lawan untuk hak kita. Rakyat Malaysia. Cukuplah mengkayakan menteri-menteri sebelum ini.

Atas kesedaran itu, PRU ke-14 ini amat penting bagi menjamin masa depan negara daripada diperintah oleh pemimpin yang mengamalkan sikap rasuah, korup, boros, tiris dan tidak bertangunggjawab.

Rakyat Malaysia memerlukan politik yang lebih berwibawa dengan mempertandingkan polisi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat keseluruhan bukannya politik fitnah,politik keganasan dan politik benci-membenci. Kita perlukan politik yang matang.

Untuk PRU ke-14, terdapat 3 parti yang bertanding. Barisan Nasional (UMNO, MIC & MCA), Pakatan Harapan (Bersatu ,PKR ,Amanah & DAP) dan juga Gagasan Sejahtera (PAS, IKATAN & BERJASA).

Justeru, PMIUM mengharapkan sebuah perubahan pada PRU-14 ini demi kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang bermaruah, berdaulat dan berkebajikan. PMIUM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya mahasiswa agar sama-sama melibatkan diri dalam PRU-14 ini dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Jom keluar mengundi. Demi masa depan kita, masa depan anak cucu kita. Dan demi Malaysia!

Nurafiqah Saidin
Exco Integrasi &Kenegaraan
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 17/18

#jomkeluarmengundi
#PRU14
#anakmudauntukMalaysia

Leave a Reply