Mukmin – Gerakan Mahasiswa dan Wang

Aku pernah bertekak dengan kawan mahasiswa pasal wang yang diberi oleh salah seorang ahli politik kepada gerakan mahasiswa. Aku mengeras untuk wang itu tidak diterima dan gerakan aku langsung tidak mahu terbabit.

Aku kata wang itu tidak penting walaupun jumlahnya agak besar. Mahasiswa tu kata wang tu sangat penting dan banyak benda boleh buat dengan wang itu. Katanya gerakan mahasiswa jadi lembab sebab tiada wang.

Aku menolak sekeras-kerasnya kenyataan gerakan mahasiswa akan lembab sebab wang. Kalau tiada duit buatlah gerakan yang tak perlukan duit. Kalau duit gerakan cuma RM 100 buatlah gerakan yang nilainya dibawah RM100. Ini duit tiada aca-aca mahu buat gerakan puluh ribu.

Ini masalah budaya feudal dalam gerakan mahasiswa paling teruk. Bergantung dengan wang. Bergantung dengan individu atau parti politik. Aku dan seorang lagi kawan mahasiswa mampu hasut mahasiswa tadi untuk tolak pemberian wang itu. Tapi malangnya kepala dan penasihat gerakan mahasiswa tetap juga menerima wang itu.

Celaka. Kemana wang itu sekarang? apa terjadi dengan wang itu. Apa yang terjadi dengan gerakan mahasiswa? apa yang terjadi dengan rakyat kelas bawah? bulshit! kamu serupa dengan Aspirasi babi yang makan duit UMNO dan makan duit universiti!

Kami di Sabah tersangatlah ditindas. Kami tidak dipedulikan oleh gerakan mahasiswa lain pada permulaanya. Tiada yang solidariti. Kami dianggap picisan. Wang? kami tiada wang dan kami tidak mengharap wang untuk bergerak.

2015 kami mula, sekarang bermacam-macam gerakan kami buka dan tidak populis. Bermacam-macam kampung kami masuk. Bermacam-macam isu orang kampung kami selesaikan. Kami buka sekolah, kami berkebun dan hidup seperti keluarga besar dengan orang kampung.

Alhamdulillah sekarang kami ada pejabat dan bilik gerakan sendiri yang disewa di luar. Dan insyAllah dalam masa terdakat akan buka cawangan baru di dalam kampung.

Wang muncul dari mana? AUKU melarang untuk mahasiswa berniaga? melawan AUKU bukanlah berteriak mansuh AUKU. Melawan AUKU adalah melakukan perkara yang dilarang di dalam AUKU. Mereka marah berniaga kami peduli apa kami tetap berniaga. Dorang halau kami menjual tempat lain, kami jual online.

Ok lah. Malas aku tulis sudah. Buat apa juga aku bazirkan masa menulis untuk orang yang tidak mahu mendengar, pandai dan berpengalaman.

Leave a Reply